One Mission at ILP Kangar - Seni Islam Membentuk Keperibadian Ummah episod 2

28 Mei 2009

Jumaat
22hb Mei 2009


Pagi tu kami bangun awal..seperti yang dijanjikan kami akan ke Padang Besar untuk berSHOPPING..huhuhuhu..i like.Kebetulan pagi itu tiada apa2 aktiviti..Pertandingan akan bermula pada sebelah petang...




Kami sampai ke Padang Besar dalam pukul 11pg..kami disana tak la lama..smpai 12.30 sahaja..memang tak puas untuk merayau2..ada la gak barang2 yg sempat aku beli untuk kwn2 dan family..

Otw balik kami singgah di masjid untuk bersolat jumaat..Ptg itu tepat jam 3.15ptg pertandingan nasyid bermula..ILP Kangar menjadi peserta pertama mebuat persembahan diikuti ILP Jitra dan ILP Ledang...Bahang pertandingan sudah terasa..semua hebat2...


Pertandingan ditangguhkan kira2 jam 5ptg..kami mengambil kesempatan utk bergambar kenangan dan balik ke ostel untuk berehat..sebelah malam kami berlatih kerana esknya kami akan membuat persembahan pula..takutnyaa...



next entry - menjelang pertandingan

One Mission at ILP Kangar - Seni Islam Membentuk Keperibadian Ummah

27 Mei 2009
Pertandingan Nasyid ILJTM Se Malaysia
ILP Kangar Perlis
22 - 24 Mei 2009


Salam...

Wow tajuk entry itu sungguh mengujakan...huhuhuhu..bukan nya apa ia adalah tema bagi pertandingan nasyid ILJTM Se Malaysia yang bertempat di ILP Kangar Perlis baru2 ini..so aku mewakili ILP Kuala Langat mempunyai misi dalam pertandingan tersebut..setiap ILP menghantar dua penyertaan iaitu kategori lelaki dan perempuan..


Kami bertolak dari ILP kira-kira jam 11 pagi dengan menaiki bas institut..sepanjang pejalanan kami berkaraoke sehingga kepenatan..mcm2 lagu di sumbangkan..kikikiki..sgt meriah dan penuh ketintongan..

Hentian pertama yang kami singgah ialah RnR Tapah..disitu kami berhenti untuk solat Zuhur dan makan tengahari..

Hampir sejam di Tapah kami meneruskan perjalanan..masing2 kepenatan dan tertido..sedar2 kami dah sampai kat Seberang Perai Penang..aku tertido kembali..kuat tido ni..hahahaha..tetiba terjaga dan kami telah tiba di Arau Perlis..rasa kejap jer perjalanan..masa tu kira2 kul 6 lebih..

Kami teruskan perjalanan menuju ke ILP Kangar dan tiba di kampus tersebut pada jam 6.45ptg..makanan telah tersedia di dewan makan..so apa lagi melantak la sehingga kenyang..nak2 plak ada ikan keli..my favourite plak tu..

Sebelah malam selepas selesai menunaikan solat kami membuat latihan dan berehat di bilik sahaja...

next entry - padang besar






Multimedia Academy Award 2009



Tarikh: 20 Mei 2009
Tempat : Lavender Hall ILPKLS
Tema: Horormantic ( Hitam + Putih + Merah )

Salam..
Memang majlis ini tak segah ABP, Anugerah Skrin ataupun Anugerah Sri Angkasa..boley gitu..hihihi..tapi ia cukup meriah bagi kami..

Majlis ini dianjurkan oleh student2 Multimedia Semester 3 bagi memenuhi modul supervisory function..dengan tema yang agak seram itu maka terpalit la satu sejarah yang tak bleh dilupakan...

Aku bertindak sebagai suara latar permulaan bagi mengumumkan kehadiran VIP..padahal pengarah je dtg..huhuhuhu..tugas aku agak ringkas dan skjap je..persembahan pembukaan di serikan dengan tarian gile2 ala hantu oleh 5 penari berKOSTUM hantu..agak menghiburkan..


Persembahan malam itu diselang selikan dengan award2 bagi mengiktiraf hasil kerja budak2 multimedia menghasilkan filem pendek..Antara filem yang dipertandingkan ialah Seram di ILP, Cinta AisKrim Corneto, Gadis dan Gangguan Iblis..yang mana Gangguan Iblis memenangi bagi filem terbaik..saper yang nak tgk filem tu bleh bjumpa dgn aku..

Antara persembahan pada malam itu ialah nyanyian lagu pulangkan, tamparan wanita dan kenangan terindah, lakonan bersahaja oleh kls semester 2 dan persembahan akustik indie band katernya...acara sampingan ialah cabutan bertuah dan Mr & Mrs Glamz..


majlis malam itu diakhiri dengan sessi bergambar sampai lebam ketiak..kahkahkahkah.. nilai ar sendrik pic2 kami itu..layak kah kami bergelar artis giler posing?


Happy Birthday Wanie

26 Mei 2009

Happy besday to kakak wanie..hahaha..semoga terus berjaya mgembangkan empayar blog ke seantero dunia..Sayang kamoo..

Open Day episod akhir

19 Mei 2009
kami bukan artis tau..hanya khayalan semata2

Ni kira episod finally utk kisah open day ari tu..aku nak kongsikan gambar2 menarik aku bersama artis2 yang hadir memeriahkan open day dan membuat persembahan pada hari tersebut.. antaranya ialah Bob, Sarah, Khai, Yassin, Akbar, Akasia Gangstarz dan Ito Blues Gang

eh diana danialle?bukan wat persembahan ok..just lawatan PLKN princess heliza Sepang..so dia dtg skali la..dia sweet n baik sgt

Kumpulan makcik2 yang vogue..meletop tau dorang..kikikiki

khai datang sorang jer...rosma tgh sarat mengandung 7 bulan

Yassin feat Akbar - wassini & alhamdulillah

Bob - Cinta Terhalang

Sarah - Fantasia Bulan Madu

Bob feat Sarah - Hanya Memuji

Khai - Jatuh Cinta Lagi

Ito Blues Gang

Kumpulan Akasia - Medley Destinasi Cinta, Lagu Joget, Salam Terakhir, Aku Lebih Tahu

Hervin Sijas @ Ben - Camelia & Seribu Tahun..tak kenal artis ni?biar betul?hahahaha..memang la korang tak kenal sebab tak kuar lagi album beliau..hahahah..beliau sebenarnya penyanyi ILPKLS sajer..rakan karaoke aku...