friendship

13 Disember 2007



JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes


JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

xCoPzS jOkE cOLLeCtiON...



BURUNG

1979
====
Anak:Abah, tu burung ape?
Bapak:Burung Murai, nakk..
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!(Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!!(meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau
tuli baru kau tahu!Udah!!!Jgn permainkan orang
tua-tua tak baik!!!!
......................................................

2007
====
Bapak:Amin, tu burung ape?
Anak:Burung Murai, ayah….
Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai.
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer?
Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil
abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil
jer abah dah menyahut.
Abah tak berani nak wat pura-pura pekak macam
ngko selalu buat tue. Barangkali itulah
yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni
Tuhan kasi klear sampai sekarang.
..............................................................................................................
2020
====
Anak:Abah, tu burung ape?
Bapak:Burung Murai, nakk..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung Murai..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung bapak...
Anak : Bapak ape???
Bapak : Bapak kau..
Anak : ?????????

*morale : Hormati la orang tua kamu..

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tidai yang baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah Binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"...
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******
Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my freind lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I cut connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking abount you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk.
TIJAH

PUISI SUKA TAK SUKA

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka
masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa
masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya
masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja
bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?....

MAHKAMAH...

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

SINCHAN YANG MENGGONG

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

KISAH PERUBATAN PLAK..

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

hahah...sengal!!

xCopZs diAry...



Assalamualaikum..WBT

Of course la orang Islam kena bagi salam kan..
ni la ruang untuk aku meluahkan isi perut aku..
eh silap isi hati aku..aku ni tak la senasib dengan korang semua..
ada kala suka ada kala duka...huhuhuhuhuhu...

ok aku mulakan dengan perkenalkan diri:
nama aku AZIZUL HASIMIE BIN OSMAN..
tu full name kakak aku bagi masa lahir..
yang tertera kat surat beranak & KP aku...

masa kat kampung orang panggil JOY...JOI(sebutan orang2 PAHANG)
masuk je sekolah tadika(TADIKA KG JELAM) & rendah(SK DURIAN TAWAR) nama aku budak2 panggil shimie..
uhh..women sgt bunyi nya...
ia berterusan sampai aku masuk sekolah menengah(SM MENGKARAK) sampai form3..
result ok aku tukar sekolah teknik(SM TEKNIK TEMERLOH)..ambik cos AUTOMOTIF(cos yang amat membosankan & tak masuk langsung dengan jiwa nurani aku...

and then pas kuar result menggangur la aku setahun..
macam2 borang isi yang sambung belajar lagi..
seronok bila aku dapat surat tawaran dari banyak tempat tapi aku pilih UiTM..
hampir 3 tahun gak tapi entah macam mana aku boleh fail..
tak pe la bukan rezeki kan..
gagal sekali bukan beerti gagal selamanya..
aku masuk IKTBN Sepang cos multimedia...
alhamdulillah lulus walaupun setakat Sijil Kemahiran Malaysia tahap3 sahaja..

dah abis belajar ni risau pasal kerja plak..
alhamdulillah rezeki aku cepat...
aku dapat kerja pertama kat SEREMBAN walaupun gaji kecik je
tapi aku tetap happy...tak lama kerja setakat 5 bulan je..
and aku dapat tawaran kerja sekarang..tempat yang sama aku belajar dulu...akulah seorang PENGAJAR...huhuhuhu...
moga aku akan terus berjaya mendidik anak bangsa...
demi menuju wawasan 2020..huhuhuhu...

welcome...

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes