Perhatian semua..

30 Jun 2010

Bahawasanya dengan ini aku ingin memaklumkan bahawa blog SYAF @ si BELON telah bertukar URL nya . URL baru dia http://uncle-syaf.blogspot.com/.. Gi la terjah blog dia. Betapa sengalnya beliau..chowww

Cuba ni...sesuai utk FB addict



Salam ...
meh rapat2 sket. nak kongsi satu aplikasi ni. DIGSBY namanya..apa kata ko download kat sini http://www.digsby.com dulu... 

Apa guna menatang ni? aplikasi ni mudah 3 in 1.. ko nak Instant Message(YM, Google Talk, Myspace Chat dll), Sosial network (FB, Twitter, Myspace) & Email.. Ko guna aplikasi ni je untuk update. mudah sgt. try tgk demo video kat atas tu yer...ckp byk tak guna kalau tak mencuba...



Selamat Tinggal Xscale Solution

Salam semua..


Sedar tak sedar arini (30 Jun 2010) last aku pratikal kat Xscale Solution. Aku praktikal kat sini sejak 14 Dec 2009 sampai 30 Jun 2010. Hampir 7 bulan gak. Apsal lama sangat praktikal? Aku wat Diploma under SLDN program. Sistem pembelajaran sambil bekerja yang dijalankan bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Major aku multimedia. Kat company aku banyak wat design2 je selebihnya FB n BLOG..hahahaha. 

Walaupon sepanjang aku kerja ni adala sedikit pengalaman yang aku dapat. Alhamduillah syukur. Thanks buat coach aku ABG EDY dan kwn sepraktikal aku AYU.. Semoga ni apa yang aku pelajari disini akan aku jadikan pengalaman untuk masa depan. 

Next aku nak fikir pasal portfolio, final exam & presentation this July. Insyallah akan baik2 nanti. Doakan aku berjaya. Hope my dream come true nak wat bisnes & same time kerja as Designer..amiiinn

Alhamdulillah..syukur

29 Jun 2010

ko suka dapat duet? aku debik ko kalau ko tak suka dapat duet. even rm1 skalipon, ni plak rm3600. hahahaha. ko dapat mana duet tu? tanya lagi, duet elaun tertangguh setahun tu. walaupon jumlah dia tak la sebanyak gaji ko tetapi bermakna bagi aku yang tak kaya ni. hahaahaha..ALHAMDULILLAH SYUKUR..

kesabaran kami terbayar gak dari start praktikal SLDN sehingga abes ari esk selama setahun. Syukur2.. aku nak belajar jimat n nak beli barang2 yang aku idamkan selama ni..Apa dia barangnya? biarlah aku je yang tahu..Thanks kepada JPK, Staff2 ACE, kwn2 SLDN semua..jom shooping...yahuuuuuuuuuuuu

***esk last pratikal SLDN

Coretan di Jitra, Kedah.

28 Jun 2010


26 Jun 2010
Sabtu
Jitra Kedah


Meraikan mempelai Shahrikhuzaimie dan Iffa Lynda. Dua2 rakan aku masa study kat IKTBN Sepang. Bas disediakan, so apa lagi. Aku angkut si Syaf skali. Bab2 makan dia confirm tak tolak, lebih2 lagi yang free. Dalam bas yang disewa tu penuh dengan family pengantin je. Walaupun baru je kenal tapi mereka cepat mesra. Dalam kul 9 malam kami bertolak dari Ampangan N9. 

Dalam bas tu punya la sejuk. Ala2 di Kutub Utara sgt. Sweather tidak mencukupi yer, di tambah lagi dgn mafla dan selimut. hahahaha. Kira2 jam 5.30 pagi baru sampai Jitra. Apa taknya, bape kali ntah duk behenti bas tu. Skejap nak kecing skejap nak gi minum. Biasa la kalau jalan jauh2 ni.

Pas solat subuh kat masjid berhampiran kami berehat utk sarapan dan mandi di rumah tumpangan yang diberi. Adoii punya la ramai nak que utk mandi. Mandi pon 5 minit sorang je..hahahaha. 


Siap2 kiteorg gerak ke Bukit Kayu Hitam. 1st time gi sini. Langsung tak best nak bandingkan dengan Padang Besaq. Around 12 terus gerak ke tempat kenduri berkenaan. Makan2, snap2 bagai, salam2 & balik. OTW balik kami singgah kat Pekan Rabu n sampai kat Seremban around 2 pagi.

ambik berkat
 


 berhampiran pintu masuk Malaysia - Thailand
 bergambar kenangan beramai2
 sebelum merayap ke bukit kayu hitam

Sekian

Lompat dan menang..

24 Jun 2010

Rules and regulations:
  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010 

masa nie kat kampung.. 

masa ni kat Melaka..bercuti2 Malaysia bersama kwn2 

prcutian di Pantai Bagan Lalang

Ok, saya nak ajak kawan2 saya yang best ni join:


Citrawarna I-City..

23 Jun 2010
Salam..


22 Jun 2010
Selasa
I-City Shah Alam

Layan je gambar yang ada. Takde mood nak citer pasal apa yang terjadi malam tadi..sekiannn
 




















***maaf gambar kurang memuaskan kerana mgunakan hanset sajo

SUKMA ke 13

21 Jun 2010
Salam

Kehangatan Piala Dunia di Afirika masih berlangsung. Tetapi sedar tak sedar Sukan Malaysia (SUKMA) telah pun berakhir secara rasminya pada Sabtu lepas. Terengganu ditabalkan selaku juara keseluruhan dengan 47 pingat emas. 2 kali berturut2 Terengganu menjadi juara.

 keputusan penuh SUKMA 2010

Negeri aku Pahang sekadar di tempat ke 8. Pahang mengungguli dalam 3 acara bola tampar, Pencak Silat dengan 5 emas, 5 perak dan 2 gangsa dan paling membanggakan dalam acara menembak dengan 15 emas, 7 perak dan 2 gangsa.



Atlet wanita terbaik disandang oleh atlet renang dari Wilayah Perseketuan dan atlet lelaki di raih oleh atlet olahraga dari Melaka. Temasya seterusnya akan berlangsung di Pahang pada tahun 2012.

maskot TUAH yang sangat cute..

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Selamat Hari Bapa buat arwah ABAH

20 Jun 2010

Hari ini aku terus bernafas
Detik masa berlalu pantas
Aku masih disini dengan jelas
Mengenang pengorbananmu tanpa balas

Oh Abah
Darimu ku tahu berlari
Darimu ku kenal ABC
Darimu ku tafsir situasi
Darimu ku gamit revolusi

Kau insan terulung
Kau gigih layak disanjung
Kau manusia teragung
Kadangkala kau tersinggung

Abah...
Ketika aku mengalah engkau semangatku
Ketika aku sakit kau penawarku
Ketika aku bersedih kau air mataku
Ketika aku ketawa engkau riangku
dan ketika engkau berduka aku harap akulah penawar duka laramu

Tapi kini kau telah bersamaNya
Aku pasrah dan terus berdoa
Al-Fatihah buat Abah di sana
Airmata mengiringi segala


nukilan asli dari zoul..


Apa susah..klik jer (info)

18 Jun 2010
Salam..


segala yang susah semua jadi mudah skrg..smua yg tersedia di hujung jari..nak n tak nak jer..korang mesti ada yang dah tahu..tapi apa salahnya kalau aku nak berkongsi kepada mereka yang tak tahu..korang nak wat banner animation?bukan banner jer..byk lagi animation kat web ni..jam ada, button ada...mudah sgt2..cube la yer..ckp byk pon x guna.http://www.flashvortex.com/index.php

contoh aku buat dibawah yer..






Cari Jodoh versi english...





salam,
baru terjumpa lagu ni..duk godek2.sape tak tahu lagu popular wali band ni cari jodoh..tjmpa versi english..sedap gak..layan la yer