Teka Teki dan lawak sengal

29 Julai 2008
Untuk kawan2....meh rehat2kan kepala yang serabut..redakan hati yang mungkin marah2..jgn tensen2..ni zoul sediakan teka teki..tapi tak yah la nak fikir2 sbb dah ada pun jawapan kat situ..

1)Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

2) Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

3)Dlm 1 pertunjukkan. . seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk
kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg
brtaburan...dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe. .... ok x ... lawak x...

4)Dlm bnyk2 binatang.... . bntg ape yg bertelur dan beranak..... kira 2 alam
la niiii..... ha jwp2..... ...siput babi la.. ...ye la siput bertelur...babi beranak....

5)Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha... ha...ha.. .

6)Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

7)Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

8)Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

9)kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha. .lawak ka?

10)Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

11)Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh
kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe. nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

teruskan kerja=)

Sape yang curang sebenarnya ni?


Banyak yang kita dengar kisah kecurangan pasangan yang telah berkahwain sampai kita tak tau siapa harus dipersalahkan.

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya...isterinya sudah tidur...

Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa u tak balik lagi Jalil...kejap lagi suami i baliklah...!!"


ishk..ishk.. siapa yang curang sebenarnye ni...

Sweet Day With My Family...Teluk Cempedak n Kuantan

Sabtu lepas (26hb ogos) en jijul n kroni2 iaitu my bonda, ayahanda, kanda, adinda, anak buahanda (boleh ke ni)...lantak la ada aku kesah..fengsan..
meluangkan sabtu yg hening..yg bese nya hanya mlepak kat umah n duk mkn tido dgn ber PICNIK..(bahasa pe ni? lantak..biar kan je..)
kat teluk cempedak n jejalan kan bdr Kuantan..
aku mmg dah lama tak jejalan dgn family..

memang sonok la..nak2 plak layan anak buah aku yg agak 3 suku mcm bapak buah dia ni(aku la tu) hehehehe...(mgaku ni 3 suku) mati la...

sebelum btolak kesana masing2 sibuk la prepare apa yg patut..kalu tak apa2 jadi tak best la plak..macam check keta, basuh keta n sediakan makanan utk picnik nnti..aku tak wat apa2 n hanya mampu(mcm tajuk lagu la plak) duduk memerhatikan saje..huhuhu..

So sebelum kesana semua sibuk nak posing ni..tmasuk la my luvly mom tu..kanak2 ribena tu tak yah di ajar la..dpn kamera je dah siap posing bagai...



On the way ke sana kereta abah ada problem..so patah balik tukar kereta abg ipar..nasib tak jauh lagi..berkat kesabaran akhirnya masalah dapat di atasi..
akhirnya selepas 2 jam perjalanan kami sampai ke tempat yg ditujui itu iaitu Telok Cempedak...

Kat sana just jejalan je..aku ambik kesempatan berposing la..gile kamera la katakan..apa lagi pose la..yg jadi mangsa jurukamera tak terlatih iaitu adik aku zarul...kat sini aku kongsikan sedikit posing yg tak terlebih sudah dari zoul n the kroni...


















Tgk tu posing masing2 tak hengat kan..hahahaha..biarlah skali skali...apa la salahnya kan..tu belum aku lagi.








Setelah hampir sejam kami ke pantai yg bhampiran taman teruntum pula utk mjamu selera..wahhh...bestnya..mkan time.menu ari tu nasi putih, ayam goreng perap, sambal tumis, rendang daging n pajeri nenas..semua nya disediakan oleh Chef Jamilah (mak aku la tu)..huhuhu...












Dah kenyang tu apa lagi..dah tak larat nak jalan la memasing..destinasi seterusnya ialah zoo mini taman teruntum..kat sna byk gak binatang yang ada..antaranya ialah buaya, merak, beruang, ular, monyet, rusa n lain2























badan dah letih mata dah mengantuk apa lagi balik la..singgah mydin Kuantan beli barang sekejap n btolak balik umah smula..

Harap lain kali dapat la pergi jejalan tempat lain plak..sonok kalau dah bkumpul ramai2 satu family ni..


Ni antara posing yg paling menarik untuk korang dari aku Carloz Aizoul Kashiziroul..ahaksss..jangan jeles k..muaaaahhh.....jumpa lagi next post




KALAU TAK SUKA PULANGKAN

10 Julai 2008

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -
"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan gi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. ......... ......

Kisah Temuduga Satu Soalan

08 Julai 2008



Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.


"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan

yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan
calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............

hehehehehhe.............................

Sekadar Renungan...Gadis Melampau



Sekadar renungan.... .........

Subject: Gadis melampau menerima padah

> > Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari,
> > seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
> > masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
> > menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
> > Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
> > dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
> > tersebut sangat menjolok mata.
> >
> > Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
> > yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
> > pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
> > dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada
> > seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai
> > pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
> > baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
> > agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
> > berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
> > pandangan liar kaum lelaki...."
> > nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat
> > bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
> > gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
> > hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
> > syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
> > menentukan aku bakal berada
> > di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
> > kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
> > itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
> > setakat itu, si gadis lantas cubamemberikan telefon
> > bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
> > kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku
> > ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
> > sebuah bilik di neraka
> > jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
> > berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
> > sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
> > biadab.
> >
> > Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
> > dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
> > sama dengan perilakunya yang buruk.
> > Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
> > menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
> > dalam bas tidak menghiraukan gadis
> > yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum
> > hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
> > keranakhuatir dia akan akan menghina agama dengan
> > lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun
> > tiba perhentian.
> >
> > Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
> > tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
> > termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
> > tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
> > orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
> > kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
> > telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
> > tidak disangka. Parapenumpang menjadi cemas dengan
> > berita yang menggemparkan itu.
> >
> > Dalam suasanakelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
> > itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
> > berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
> > sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
> > menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
> > Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua
> > tiga orang yang cubamengangkat mayat tersebut juga
> > kehairanan keranatangan mereka terasa panas dan
> > hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
> >
> > Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
> > menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
> > menyayat hati yang menimpa gadis malangtersebut.
> > Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
> > dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah
> > itu Maha Berkuasa di atas segala
> > sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
> > pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
> > sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan
> > hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
> > mempersendakan atau ejekan.
> >
> > Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
> > dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang
> > tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
> > adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina
> > Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita
> > boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
> > akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang
> > akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam
> > barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh,
> > siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
> > orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
> > Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
> > bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di
> > sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
> > dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang
> > yang di lakar oleh majikan
> > anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
> > undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali
> > anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
> > prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
> > Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
> > tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal
> > oleh yang menjadikan bumi ini.
> >
> > Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
> > Allah swt. TamanlaranganNya adalah perkara-perkara
> > yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka
> > bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
> > sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g
> > benar dan kekuatan
> > agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. *Dipetik
> > dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Ada Untuk mu..


Ada Untukmu

Disana pungguk menanti
Mengaharap bulan membalas rindu dihati
Disini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis pada janji yang puitis dipersembah
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku syang dirimu
Biarpun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita

Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua semakin hiba
saat bahagia meraih cinta kita