Nasihat memilih calon isteri
Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:
Menyamar
dirundung rasa malu yang amat sangat.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"
Kedai Roti
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
Donat dan Kopi
Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...
Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya sendiri.
Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.
"Nak makan apa?" tanya pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".
Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,
"Roti daging."
"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Radio Sony
Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan "SONY". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.
Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi
saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan
kepada tauke,...
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh
saya ambil
Seketika,....
Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...
Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,... ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam". Then pass tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.
Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini
bukan Radio Sony pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh
mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda" apa ni
Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur...
Siapa Diluar?
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"
Diam Ketika Makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"