6 Juta

19 Mac 2009

Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang menampilkan karektor comel Upin & Ipin, telah mencapai kutipan RM6 juta setakat ini.

"Kami sangat gembira dengan pencapaian ini walaupun ia masih jauh daripada sasaran kami iaitu RM10 juta. Tapi jumlah itu satu kejayaan buat filem animasi di Malaysia dan industri perfileman kita.


"Kami yakin dengan sokongan berterusan pada musim cuti sekolah sekarang serta tayangan di Indonesia tidak lama lagi, kami akan mampu mencapai kutipan yang lebih tinggi lagi," katanya.


Animasi Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les Copaque adalah animasi menarik untuk tatapan seisi keluarga malah juga semua kaum di Malaysia. Ia berkisar tentang misteri kehilangan durian di sebuah kampung yang akhirnya mengheret sekumpulan kanak-kanak dan remaja mengembara ke dalam hutan serta bertemu dengan sejenis makhluk.


Filem ini menonjolkan elemen lucu yang sungguh menghiburkan dan kesan visual yang cantik. Ia turut disokong oleh kesan bunyi yang mantap hasil kepakaran anak-anak tempatan. Filem ini dijangka memberikan saingan yang hebat dalam Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung di Sabah tidak lama lagi.

0 kOmEn: