Selamat Hari Bapa buat arwah ABAH

20 Jun 2010

Hari ini aku terus bernafas
Detik masa berlalu pantas
Aku masih disini dengan jelas
Mengenang pengorbananmu tanpa balas

Oh Abah
Darimu ku tahu berlari
Darimu ku kenal ABC
Darimu ku tafsir situasi
Darimu ku gamit revolusi

Kau insan terulung
Kau gigih layak disanjung
Kau manusia teragung
Kadangkala kau tersinggung

Abah...
Ketika aku mengalah engkau semangatku
Ketika aku sakit kau penawarku
Ketika aku bersedih kau air mataku
Ketika aku ketawa engkau riangku
dan ketika engkau berduka aku harap akulah penawar duka laramu

Tapi kini kau telah bersamaNya
Aku pasrah dan terus berdoa
Al-Fatihah buat Abah di sana
Airmata mengiringi segala


nukilan asli dari zoul..


3 kOmEn:

  1. Cik Wanie berkata...:

    al-fatihah buat ayah,
    moga2 dia tenang di sana,

    apapun ayah yg terbaik kan:)
    aku tahu ko kuat:)
    satu hari nanti ko pun akn jadi ayah jugak kan:)

  1. syaf berkata...:

    al-fatihah

  1. MahaMahu berkata...:

    Aminnn.... aku pun doa untuk semua ayah2 kat dunia ni ok..