Malaysia di kedudukan 37 " Negara Terbaik Dunia".

23 Ogos 2010
Salam..
 Sape tak bangga jadi anak Malaysia?angkat tangan cepat..Sempena bulan kemerdekaan ni aku turut merasakan kebanggaan yang Malaysia sudah 53 tahun merdeka..tapi rasanya masalah sosial tak henti2 berlaku..itu aku merasakan ketidakpuasan hati. Ia hanya boleh di atasi dengan kesedaran individu itu sendiri

Baru tadi tengok buletin utama kat tv3, Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden. 

Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.

Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba

2 kOmEn:

  1. Hezesuze berkata...:

    opkos ler bangga uols....huhu
    **smbil tadah tangan

  1. MahaMahu berkata...:

    Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena dengan kemerdekaan negara kita tahun ini...