02 September 2008
ASSALAMUALAIKUM WBT.....

Saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya Ada berbuat
Kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita
Dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah
S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &

MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......



JANGAN CURI2
..... JANGAN KEJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA
.........



BYE2..........

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada Hari Jumaat.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Jadual Harian Muslim Pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Free MySpace Ramadan


5.00 pagi - Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun keranafadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Jenaka tak keringkan gusi...

06 Ogos 2008


Nasihat memilih calon isteri

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"



Menyamar

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan

dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....

Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...

"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..

"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.


"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

Donat dan Kopi

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu

bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.


Radio Sony

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan "SONY". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??

Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..

Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi

saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan

kepada tauke,...

Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah

pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh

saya ambil

Seketika,....

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...

Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,... ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam". Then pass tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo

Tauke : Kenapa ???

Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini

bukan Radio Sony pun

Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik

Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh

mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda" apa ni

Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.

Tauke : blur...



Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.

"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.

"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"


Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.

Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"





Teka Teki dan lawak sengal

29 Julai 2008
Untuk kawan2....meh rehat2kan kepala yang serabut..redakan hati yang mungkin marah2..jgn tensen2..ni zoul sediakan teka teki..tapi tak yah la nak fikir2 sbb dah ada pun jawapan kat situ..

1)Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

2) Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

3)Dlm 1 pertunjukkan. . seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk
kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg
brtaburan...dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe. .... ok x ... lawak x...

4)Dlm bnyk2 binatang.... . bntg ape yg bertelur dan beranak..... kira 2 alam
la niiii..... ha jwp2..... ...siput babi la.. ...ye la siput bertelur...babi beranak....

5)Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha... ha...ha.. .

6)Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

7)Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

8)Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

9)kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha. .lawak ka?

10)Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

11)Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh
kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe. nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

teruskan kerja=)

Sape yang curang sebenarnya ni?


Banyak yang kita dengar kisah kecurangan pasangan yang telah berkahwain sampai kita tak tau siapa harus dipersalahkan.

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya...isterinya sudah tidur...

Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa u tak balik lagi Jalil...kejap lagi suami i baliklah...!!"


ishk..ishk.. siapa yang curang sebenarnye ni...