cik anis taggs mr zoul (jwb je la wlau tpksa..hahaha)

15 September 2008
cik anis bagi soalan2 mgarut ni..so tpaksa la mjawabnya..tak jawab kang majok plak dia..ni la tabiat yg dilakukan oleh mr zoul msa sekolah teknik temerloh dulu..tgk je la..nnti komen2 la yer..

5 tabiat buruk anda time skolah
* tido dalam bengkel kereta(sbb ambik kos automotif)
* kuat mgumpat
* tiru tandatangan warden (sbb mls jumpa warden yg garang & liar..hahahaha)
* susah bgun pagi solat subuh bjemaah(tak penah ponteng ok wpun lambat)
* mls basuh baju time cuti(tetap basuh gak ok)

3 favourite subject anda...kenapa?
* Sains (slalu scor ok) SPM dpt A..wahhh
* English (verangan jadi mat saleh)
* Amali (bleh tido dalam bengkel)

3 subjek yang anda tidak suke..kenape
* Matematik - byk sgt nombor la
* Lukisan geometri - slalu salah buat (sbb tu fail jer)
* Amali - Penuh dgn minyak hitam (busuk n kotor)

Menarik pada kamu...
*sbb mr zoul cute (tibeee..puji diri sendiri kew) pedulik..

Kamu paling suka..
* latihan silat tiap2 ptg..sungguh bhati waja

Anda tidak boleh hidup tanpa..
* ibu

Setiap malam sebelum tidur,siapa yang anda hubungi
* mna ada public fon..hanfon pun tak wujud time tu


Bila nak shooping raya?

12 September 2008
Salam..saje je taip entry yg agak bosan ni..saje nak memenuhkan entry sempena ramadahan ni..arini mcm bese aku pose..tup tup dah ari yang ke 12 kite bpuasa kan..2 minggu je lagi nak raya..tak sabar rasanya nak raya...



Baju melayu dah tempah awal2 kat kg..mak yg uruskan..aku sediakan duit je..huhuhuhu..tinggal nak soping baju tshirt, jeans n kasut..tu pun kalau cukup bajet kan..tahun ni kena belikan sesuatu utk mak ayah tanda ingatan...untuk adik lagi..anak buah lagi..duit raya tak bleh lupa nak hulur..erm..kopak aku bulan ni..dah la bonus dapat lepas raya...

Esk kena balik kg plak..ada hal kluarga yg perlu disetelkan..at least dapat la aku berbuka bsama family pertama kali utk ramadahan tahun ni...ahad dah balik sepang semula..sekejap je.

ok la malas nak taip pjg2 ni..mgantok la..nak g tdo..zzzzzzzz


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks




Berbuka Puasa Bersama En. Zoul

Rabu, 10 Ramadahan 1429 kat cafe d mama bandar baru salak tinggi sepang..en zoul n anak buah nya berbuka bsama2..tajaan spnuh nya oleh student..kikikiki..en zoul dtg mkn je..boley? huhuhuhu..mcm2 la dorang mkn..en zoul sekadar makan ala qadar(yeke ni) nasi putih, daging black paper, telur dadar n fresh orange(ala qadar kah?).. ni en zoul kongsi kan gambar2 meke yg sedang mkn & posing tak hengat..thanks a lot my child..(padahal nak bodek markah exam tu)...huhuhuhu...





mcm lapar sgt je en zoul ni


ayoo masing-masing lapar sampai tak pasan kamera terutama en zoul tu


borak la memasing dah kenyang tu

apa la lawaknya sampai si fatihah gelak kan en zoul

nor sita ingin bposing manja sebelah en zoul


tinggal 2 je yg tak balik lagi ni..tak ingat nak balik solat maghrib ke?

Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?

10 September 2008



UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.





MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

ihsan dari kosmo..huhuhu..

IKTIBAR

09 September 2008

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

' Apa ni ? Siapa awak ? dan apa kejadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; ' Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat' ia merayu. 'Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil'.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. 'Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akankesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


ASSALAMU'ALAIKUMWARAMATU//AHI WABARAKAHTUH..,

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad..Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadipemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya iaadalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalamTadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada SaiyidinaAli
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yangdikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAWmenjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membacasurah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy diatas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahunperjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang saharasebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hinggake barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhankami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membacasurah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itutertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikatMikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahukufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satusebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balahinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescayatidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlahpesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.