Selepas solat Zuhur kami berkemas untuk bertolak pulang ke Kuala Langat..seribu kenangan pahit manis selama 4 hari 3 malam di sini..
Kami singgah di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah untuk mebeli sesuatu sebagai kenangan..Masa ni aku nak jumpa Wanie tpi beliau ada masalah menyebabkan kami tidak dapat berjumpa..
Hampir sejam di Pekan Rabu kami meneruskan perjalanan pulang..Hentian pertama yang kami singgah ialah Tapah..kami berehat untuk solat dan makan..setelah sejam di sana kami meneruskan perjalanan..
Dalam perjalanan kami menerima panggilan dari pemandu ILP Pasir Gudang..bas yang mereka naiki mengalami kerosakan..ayooo, kami terpaksa patah balik untuk mengambil student2 tersebut untuk ditumpangkan..perjalanan diteruskan. Dalam perjalanan, sekali lagi peristiwa terjadi kpd bas ILP Pedas, kali ini habis minyak pulak..hahahahaha..mcm2 dugaan kan
Dgn kebijaksanaan pemandu dan bebudak ni mereka menyedut minyak utk dikongsi..kikiki..bunyi mcm lucu tapi tu la semangat yg ditunjuk kan oleh kami..Kami tiba dengan selamat di ILP pada jam 3.30 pagi..esk nya kami diberi cuti separuh hari...
TAMAT
beshnye journey