Tahniah buat Hafiz

17 Mei 2009



Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.(padahal dgr era sajer)

Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .

Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku dan lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.

Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.

Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai

Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.

Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.

Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.

Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.

Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.

Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.
nyanyian asal Anuar Zain serta lagu nyanyian asal Padi.

**cilok dari murai

1 kOmEn:

  1. motip uols copy pate jeh wakaka yg pting akim best sgt smlm hahahahak