Memaparkan catatan dengan label AF7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AF7. Papar semua catatan

Tahniah buat Hafiz

17 Mei 2009



Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.(padahal dgr era sajer)

Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .

Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku dan lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.

Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.

Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai

Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.

Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.

Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.

Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.

Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.

Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.
nyanyian asal Anuar Zain serta lagu nyanyian asal Padi.

**cilok dari murai

Tugasan Baru Konsert 9 AF 7

05 Mei 2009

Setiap pelajar masing-masing perlu melakukan dua tugasan. Mereka dikehendaki bersedia dengan sebuah lagu berbahasa Melayu dan juga sebuah lagu berbahasa Inggeris

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIM
Larut (Dewa 19)
I’m Yours (Jason Mraz)

YAZID
Aku Skandal (Hujan)
Where The Street Have No Name (U2)

HAFIZ
I Believe I Can Fly (R kelly)
Laskar Pelangi (Nidji)

PELAJAR WANITA

ISMA
Hot & Cold (Katty Terry)
Aku Pasti Datang ( Bunga Cinta Lestari)

Juga, anda kini berhak sepenuhnya memberi peluang kedua kepada pelajar kegemaran anda yang telah tersingkir untuk dimasukkan semula ke Akademi dan beraksi di Konsert Akhir Akademi Fantasia 7. Pelajar tersebut adalah Adila, Obri, Rini, Rubisa, Zizi, Qhaud, dan Sidi. Jangan dilupakan Aril, Claudia dan Aishah

Caranya, anda perlu menaip AFMASUK atau AFMASUK<3/5/10> dan hantar ke 32999

Undian untuk AFMASUK akan ditutup pada hari Sabtu, 9 Mei 2009 tepat 9.00 malam sebaik Konsert Kesembilan AF7 bermula

Konsert ke 8 AF7 - Minggu Teater Muzikal

27 April 2009

Bersesuaian dengan latar belakang dan kekuatan Principal, minggu ini menyaksikan 6 pelajar ini duji dengan lagu-lagu dari teater muzikal yang pernah dipentaskan

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini:

PELAJAR LELAKI

AKIM - TITAH SULTAN (PGL)
YAZID - RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ - DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)

PELAJAR WANITA

ISMA - MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)
AISHAH - SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)
CLAUDIA - KATAKAN (PGL)

LAGU BONUS

DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)

Kita telah melihat seorang demi seorang pelajar AF7 disingkirkan. Mereka cuba menonjolkan persembahan terbaik saban minggu, namun seolah-olah itu bukan faktor utama untuk kepada mereka terus kekal di Akademi.

Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda! Undilah dengan bijak!

Ini Peluang Anda...

25 April 2009
Isma

Dah baca betul-betul tajuk di atas? Ya, jangan betulkan skrin PC dan laptop anda. Memang inilah berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua peminat Akademi Fantasia 7 (AF7).

Hafiz

Selepas lagu-lagu ditentukan oleh pihak produksi Af7, kini peluang dibuka kepada penonton sendiri untuk mencadang dan memilih lagu-lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar-pelajar AF7 kesayangan anda. Dan ia akan berlaku untuk konsert mingguan AF7 yang ke-9 nanti.
Claudia

Sebelum ini kekecohan di sana-sini apabila penonton mendakwa ada pelajar terutama si Hafiz tidak mendapat lagu yang sesuai malah dianggap macam dianaktirikan. Macam-macam tuduhan dilemparkan dan ia bukan bermakna pihak Astro mendiamkan diri dan tidak menghargai segala komen membina yang telah diberikan.
Akim

Aishah

Jadi, sekarang ini, impian untuk melihat pelajar kesayangan korang beraksi dengan lagu kegemaran korang akan terlaksana dalam konsert yang ke-9 nanti. Kita sekarang menuju ke konsert yang ke-7 dan siapa tahu, mungkin juga tidak ada sebarang penyingkiran dalam mana-mana konsert seterusnya sebelum final menjelma nanti.
Yazid

Jadi, apa korang tunggu lagi! Cepat-cepatlah hantarkan cadangan lagu pilihan korang itu kepada murai.com.my sekarang dengan menaip nama pelajar dan lagu-lagu yang sesuai untuk mereka nyanyikan! Jom, kita sama-sama bantu pelajar kesayangan kita tu!

Cabaran Yazid, Claudia AF7

21 April 2009

Tiada tema khusus untuk minggu ini. Namun, buat pertama kalinya pada musim ini, ada pelajar yang diberikan lagu tugasan dalam Bahasa Inggeris

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini
PELAJAR LELAKI

YAZID - WITH OR WITHOUT YOU (U2)
ARIL - NAKAL (GIGI)
HAFIZ - KAU YANG PUNYA (MALIQUE/ NAJWA)
AKIM - SITUASI (BUNKFACE)
LAGU BONUS – FIONA (4U2C)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - WHEN YOU'RE GONE (AVRIL LAVIGNE)
AISHAH - FLORA CINTA (MIN MALIK)
ISMA - TAK MUNGKIN KERNA SAYANG (ALYAH)
LAGU BONUS – UNTUKMU (FEMINIM)

Kita telah melihat seorang demi seorang pelajar AF7 disingkirkan. Daripada 14 orang pelajar, separuh sudah meninggalkan Akademi. Mampukah pelajar yang masih kekal menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran mereka di Akademi dan mempamerkan persembahan yang cemerlang di pentas konsert mingguan?

Konsert ke6 AF7 Minggu Band

13 April 2009

Untuk konsert minggu ini, pelajar akan diiringi 4 kumpulan band terkenal - Kristal, Lefthanded, Estranged dan Cokelat.

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)
LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Pelajar sudah melepasi fasa pertengahan AF7. Sewajarnya mereka perlu menggandakan usaha untuk menzahirkan transformasi yang menjadi slogan penting AF musim ini

Minggu Duet AF7

07 April 2009


SALAM..

Untuk minggu ini, pelajar diberikan lagu-lagu duet popular. Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha Ungu)
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

LAGU BONUS
Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)

Namun, persoalan adakah pelajar akan berduet sesama mereka atau berduet dengan penyanyi asal belum diputuskan Principal dan tenaga pengajar. Teruskan mengikuti perkembangan mereka sepanjang minggu di Diari Akademi Fantasia, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda!

Konsert ke4 AF7

30 Mac 2009


Salam

Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua (2) ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanah air, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.

Keduanya telah bertahan lebih 10 tahun dan masih kekal dalam industri serta melebarkan sayap populariti melampaui sempadan Malaysia.

Maka,merekalah sumber inspirasi atau ikon kepada pelajar AF7 dalam cita-cita menjadi pelapis kepada ikon sedia ada
.

Zoul tak sabar nak tgk aksi2 persembahan dorg konsert kali ni. Mesti Tok Siti dan amy search yang jadi pengkritiknya. Sama2 la kita tunggu ek.Berikut adalah tugasan dorang...

PELAJAR WANITA
(Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
ISMA – Kerja Gila

PELAJAR LELAKI
(Lagu-lagu nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta

YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu

LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley)


AFUNDI AF7

12 Mac 2009

Selepas menjalani ujian khas yang ditetapkan, hanya 14 orang sahaja pelajar terbaik daripada Top 20 calon pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) akan berentap selama 10 minggu.

Tanpa menerbitkan konsert prelude, 14 pelajar ini diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia di Astro Ria malam tadi yang dihoskan Sarimah Ibrahim atau Kak Mah.

Apa yang menarik, 3 orang pelajar yang berstatus ibu iaitu Isma (5 anak), Claudia dan Rubisa (seorang anak) mampu membuktikan status bukan penghalang sekaligus menyertai kelab ibu AF yang sebelum ini dianggotai Mas AF2, Saida dan Mama Rina (kedua-duanya AF6).


Selain itu, satu-satunya artis rakaman iaitu Nas Adila atau Adila dan adik Izwan Pilus, Aril, juga layak menyertai 14 kuota yang disediakan.

Dari keseluruhan pelajar itu, terbukti pelajar kelahiran Johor memonopoli kuota pelajar diikuti Sarawak, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Sidi satu-satunya pelajar dari Perak pula mampu menandingi pelajar yang masih bujang.

Pun begitu, calon pelajar yang paling tua iaitu Kelana gagal memikat hati juri untuk bersama 7 pelajar lelaki yang lain iaitu Aril, Hafiz, Akim, Sidi, Qhaud, Obri dan Yazid.

Manakala dari 2 calon pelajar wanita bertudung, hanya Rini saja mampu menyertai Salima dan Heliza sebagai pelajar AF yang berimej Islamik.

Senarai 7 pelajar lelaki AF7


AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)

OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)

ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)

HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)

QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)

SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)

YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 7 pelajar perempuan AF7


CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)

ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)

ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)

ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )

RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)

AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)

RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)


***ihsan dari murai.com