Bahan-Bahan: | |
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar 3 sudu asam jawa | 3 sudu tempoyak 50 g cili api ( digiling ) 2 cm kunyit hidup ( digiling ) 2 bunga kantan ( dibelah ) garam gula daun kesom secukupnya asam keping secukupnya |
Cara: | |
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam ) Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling. Kemudian masukkan ikan dan tempoyak. Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula. Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi. | |
Cadangan Hidangan: | |
Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap | |
Tambahan: | |
Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak. Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang. Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah ) **resepi ini di minta oleh cik Anis nenek itu..hahahaha..salin yer..selamat mencuba |
Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah
-
Baru-baru ini menjadi perbualan dan kegemaran ramai adalah salah satu menu
Barat yang dikenali sebagai *Loaded Nachos Cheese*. Menu ini ‘menular’
dalam kal...
4 hari yang lalu
time kasih daun keladi
lain tapau la lauk nie sekali...
hehehe