Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Nisfu Syaaban

04 Julai 2012


Hari nisfu Syaaban adalah Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Catatan pertama bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 15 Syaaban bermula  pada 14hb Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib.

Daulat Tuanku

11 April 2012
Salam 1 Malaysia


Hari merupakan cuti umum berikutan HARI PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG yang ke 14 Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah


Semoga tuanku sihat sejahtera memrintah negara Malaysia. Aminn.



Bagaimana utk menukar Facebook Timeline

24 September 2011

nampak cool ke tak?tak cool?hehehehe..sila jeles2 yer..aku nak kongsikan bagaimana nak menukar FACEBOOK TIMELINE yg super cool ni. 

Sesiapa yg tak bleh menerima perubahan abaikan tutorial ini ok. Taknak cakap banyak la. Sape2 yg minat ikut step kat bwh ni sampai jadi ok..

tekan ni yer 





Hari Malaysia

16 September 2011

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. 


Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu. Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Saya bangga jadi anak Malaysia.

Nuzul Al-Quran

17 Ogos 2011

Salam semua...
17 Ramadhan bersamaan NUZUL AL-QURAN. Pada tarikh ini lah al-Quran yang pertama diturunkan. Beikut adalah serba sedikit tentang Nuzul Al-Quran.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Potong Bukan Sebarang Potong

16 Ogos 2011


Salam..

Anda biasa memotong kuku tak?  Biasa potong ari apa? 
barang siapa yang mengerat kukunya pada:


Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan 
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala






Update Status FB berVIA VIA..try la

14 Ogos 2011
Salam smua...

Sape addict update status FB? Xde blackbery? Xde iPhone? segalanya mudah jika anda mgunakan aplikasi ini..just klik kat bawah ni..lalalala..try la





Buat penggemar Domino Pizza

19 November 2010
Bagi penggemar pizza terutama udang jom terjah domino pizza berhampiran..sah sehingga 31 dec 2010

Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

05 November 2010
sekadar gambar hiasan

8 November 2010
  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15 November 2010
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010
  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Kadar rata kesemua rangkaian..

04 November 2010
Salam



Korang pkai prepaid maxis kah? aku pakai since 2002 lagi..no yang sama.dah dekat 8 tahun pon..hehehe.. penguna setia. Baru2 ni aku dapat sms dari maxis yg menyatakan bagi pelan lengkap akan dikenakan cas 10sen per sms kesemua rangkaian sama ada celcom, digi, umobile etc..sebelum ni 7sen bagi maxis & 15 sen utk rangkaian lain.. ni kuat kuasa pada 15 Nov 2010

sekiann....

Jom gi UJIBAKAT

08 Oktober 2010


Anda berminat ? Jom gi ujibakat untuk satu rancangan terbaru ASTRO..Anda ada 60 saat..

Tarikh: 16 & 17 Oktober 2010
Dewan Sri Putra Bukit Jalil
Masa: 9 pagi - 6 petang

download borang kat sini

untuk maklumat lanjut klik

Iklan Raya TV3 yang di tarik balik tayangan nya..

05 September 2010
Salam semua..

Sape yang tak sempat tengok iklan Raya TV3 tahun ni? Ada unsur2 yang menyentuh sensetiviti masyarakat Melayu dan Islam khasnya..kerana nak terapkan nilai 1 Malaysia sampai dorang tak sensitif dengan perasaan umat Islam di Malaysia..cube tgk dan nilai la sendiri..

Ada unsur krismas, budha dan cina..TV3 dah memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia dan menarik balik tayangan nya kepada umum. Sepatutnya media prima sebagai stesen no 1 negara kena alert pasal masalah macam ni..


Potong Kuku

02 September 2010
Assalamualaikum...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..hehehe

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

sekadar berkongsi..sebarkan yer

Malaysia di kedudukan 37 " Negara Terbaik Dunia".

23 Ogos 2010
Salam..
 Sape tak bangga jadi anak Malaysia?angkat tangan cepat..Sempena bulan kemerdekaan ni aku turut merasakan kebanggaan yang Malaysia sudah 53 tahun merdeka..tapi rasanya masalah sosial tak henti2 berlaku..itu aku merasakan ketidakpuasan hati. Ia hanya boleh di atasi dengan kesedaran individu itu sendiri

Baru tadi tengok buletin utama kat tv3, Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden. 

Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.

Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba

Ko dah ada Kad KFC Snax ?

22 Julai 2010


Salam...

Apa khabar smua?sehat kah? tak sihat makan ubat yer..aku bukan doktor nak ubatkan korang..kikikiki..ok this entry nak kongsi pasal KAD KFC snax..

Apa kebendenya menatang ni? masuk sini dulu http://www.snax.com.my/#/Signup register dulu.. n then korang akan dapat kad free mcm bwh ni.. KFC akan poskan kad tu kat alamat korang..


Pas dah dapat kad macam aku ni korang boleh gunakan kad ni untuk mendapatkan point..kalau korang gi makan kat KFC tunjuk kan kad ni..setiap apa yang korang beli akan dapat point.. so point tu akan boleh tukar dgn voucher2 bila cukup syarat2 n terma nya..so check je la point anda kat web ni http://www.snax.com.my/#/Home

chowwww...

Perhatian semua..

30 Jun 2010

Bahawasanya dengan ini aku ingin memaklumkan bahawa blog SYAF @ si BELON telah bertukar URL nya . URL baru dia http://uncle-syaf.blogspot.com/.. Gi la terjah blog dia. Betapa sengalnya beliau..chowww

Cuba ni...sesuai utk FB addict



Salam ...
meh rapat2 sket. nak kongsi satu aplikasi ni. DIGSBY namanya..apa kata ko download kat sini http://www.digsby.com dulu... 

Apa guna menatang ni? aplikasi ni mudah 3 in 1.. ko nak Instant Message(YM, Google Talk, Myspace Chat dll), Sosial network (FB, Twitter, Myspace) & Email.. Ko guna aplikasi ni je untuk update. mudah sgt. try tgk demo video kat atas tu yer...ckp byk tak guna kalau tak mencuba...



SUKMA ke 13

21 Jun 2010
Salam

Kehangatan Piala Dunia di Afirika masih berlangsung. Tetapi sedar tak sedar Sukan Malaysia (SUKMA) telah pun berakhir secara rasminya pada Sabtu lepas. Terengganu ditabalkan selaku juara keseluruhan dengan 47 pingat emas. 2 kali berturut2 Terengganu menjadi juara.

 keputusan penuh SUKMA 2010

Negeri aku Pahang sekadar di tempat ke 8. Pahang mengungguli dalam 3 acara bola tampar, Pencak Silat dengan 5 emas, 5 perak dan 2 gangsa dan paling membanggakan dalam acara menembak dengan 15 emas, 7 perak dan 2 gangsa.



Atlet wanita terbaik disandang oleh atlet renang dari Wilayah Perseketuan dan atlet lelaki di raih oleh atlet olahraga dari Melaka. Temasya seterusnya akan berlangsung di Pahang pada tahun 2012.

maskot TUAH yang sangat cute..

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Apa susah..klik jer (info)

18 Jun 2010
Salam..


segala yang susah semua jadi mudah skrg..smua yg tersedia di hujung jari..nak n tak nak jer..korang mesti ada yang dah tahu..tapi apa salahnya kalau aku nak berkongsi kepada mereka yang tak tahu..korang nak wat banner animation?bukan banner jer..byk lagi animation kat web ni..jam ada, button ada...mudah sgt2..cube la yer..ckp byk pon x guna.http://www.flashvortex.com/index.php

contoh aku buat dibawah yer..






Korang tahu pasal myfriends2u.com?

15 Mei 2010

Salam..

Meh rapat2 sikit..aku nak cite sket pasal satu laman sosial terbaru buatan tempatan..Myfriends2u.com alternatif kepada laman popular Facebook..Pelancaran laman web ni baru2 ni disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan. <===click Aku dah mendaftar beberapa minggu yang lepas. 

So apa lagi ditunggu. Cepat2 la daftar. Nak tahu apa perbezaan dan keistimewaan laman sosial ni join je la. Jgn lupa add aku http://myfriends2u.com/aizoul/