Memaparkan catatan dengan label SLDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SLDN. Papar semua catatan

Konvokesyen DKM (SLDN) 2 Mei 2011

04 Mei 2011
Salam..
Alhamdulillah konvokesyen DKM (SLDN) dah selesai walaupun banyak yang tak kena. Kami menunggu hampir setahun untuk konvo. Majlis yang tak kurang meriah nya di adakan bertemakan "dinner award". Tahniah kepada rakan2 yang mendapat anugerah khas. Aku tumpang gembira je la.hehehehehe...

Pukul 7 aku dah sampai ke dewan walau ketika tu hujan renyai2. Hujan rahmat meraikan kejayaan kami. Kul 8 baru boleh masuk ke dalam dewan. Menunggu kehadiran VIP hampir sejam. VIP yang merasmikan adalah Senator Datuk Maznah Bt Mazlan, Timbalan Kementerian Sumber Manusia. 

Penyampaian sijil dan diploma disempurna oleh VIP dibahagikan kepada 4 sessi. Perjalanan majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Itu tidak melemahkan semangat semua graduan. Abes majlis sessi fotografi bersama2 menjadi kewajipan.Mak & family tak dapat datang meraikan kejayaan aku. Housemate aku je sebagai wakil.sedihhhh...TQ kepada Mady & Haikal

***kepada yang tak dtg konvo tu layan je r gambar yang ada ok.


























Rehersal Konvo 2011

Salam..

Alhamdulillah dah setel konvokesyen SLDN. Walaupun ada yg tak puas ati tu aku abaikan je la. Janji dah konvo..hurmmm..Ok lah aku nak bercerita mengenai konvo ari tu (2 Mei)..Org semua duk sibuk bcuti balik kampung aku kena bangun pagi2 untuk gi rehersal konvo. 

Dijadualkan rehersal kul 9 tapi aku datang lewat. Sampai2 nasib belum mula lagi..Rehersal ni just nak ajar cara jalan ambik sijil je. Taklimat dalam setengah jam n then kiteorg blatih la mcam mana nak jalan, senyum kat photographer n cara nak ambik sijil. Setel dalam 12 lebih g beratur ambik jubah n buat pembayaran. Dalam kul 2 setel semua n balik.

to be continue (majlis sebenar konvo)















Alhamdulillah..selesai sudah

13 Ogos 2010

10-12 Ogos 2010
Selasa - Khamis
Institut Karisma Bangsar

Salam semua..
 1st day

Harap semua berpuasa yer..arini dah hari ke3 pun. Cepat je masa berlalu..tup2 nanti dah abes sebulan berpuasa & kite akan raya..yahuuuuuu...

 kertas exam teori
 gegeh menjawab soalan yg maha dasyat

Entry bukan nak story mory pasal puasa ataupun raya tapi nak story pasal 3 hari yang memenatkan bagi aku. 1st day tu takper la sebab belum start berpuasa. Boleh makan lagi. Makan free plak tu. Penilaian ari tu bermula dengan ujian teori. Alhamdulillah boleh jawab je dengan jayanya. Walaupun soalan keliru giler.

2nd day
 masa aku wat pembentangan


So petang dah start presentation projek akhir. Group aku tak present ari tu. Just dengar je la. 2nd day baru aku present hasil kerja projek akhir aku. Group aku paling lama aku rasa. Bersoal jawab dengan pegawai penilai hampir sejam. Alhamdulillah setel gak akhirnya. 
Dan hari terakhir baru sessi penilaian fail portfolio dan cop mengecop dan tandatangan. Maka sahkan penilaian aku sebagai seorang graduan DIPLOMA K-WORKER (Multimedia) SLDN. alhamdulillah semua lulus batch aku. TAHNIAH semua penat lelah selama ini. So tunggu konvokesyen sahaja..

 gambar2 sekitar 3 ari sessi penilaian SLDN
 wajah ku penilaian hari ke3


 Tu dia wajah Pegawai Penilai yang sgt ganas..hehehehe

 wajah ceria sebab dah setel
 ni kwn baik aku Rahmat
di apit barisan jelitawan