Memaparkan catatan dengan label jiwaku... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jiwaku... Papar semua catatan

Anjakan Paradigma

25 Julai 2009

uhhhh..sungguh tak bleh blah tajuk itu..
kini wajah baru si pemilik
http://aizoul.blogspot.com

layout yang baru..i like it..nama pun baru..TIADA lagi budak kampung berlesung pipit...

Walaupun layout dan nama bertukar ia tidak bermakna tanpa sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi. Tanpa anda semua siapa lah aku.


so teruskan menyokong aku untuk terus berblogging selagi hayat di badan..

Transformasi?

10 Julai 2009
Salam..

adakah ini transformasi? tak lah..almaklum la nak masuk semester baru kena la berwajah baru kan..terpaksa la den kena potong rambut..ntah2 masuk kampus kena botak lagi..adusss..menci la..ni la transformasi sebelum dan selepas..
layanssss





Aku ada semua..hahahaha

18 April 2009
Salam semua..

this post aku nak citer pasal apa yang aku buat ari2 kalu on9..bese la smua ikut trend skrg dengan
myspace, friendster, tagged, facebook, hi5 dan macam2 la lagi..even bdk skolah rendah dah blaja wat benda2 nie..ohhh donia kan...

sebenar benda2 ni ada baik buruk nya...ia bergantung pada niat seseorang itu sama ada menjurus kepada apa..tepuk perut nak makan apa..hahaha..ikut aku la nak tulis apa..ini aku punya blog..kikikiki..tetiba kan..


aku ada myspace... http://www.myspace.com/ckadt


aku ada tagged http://www.tagged.com/zulharis


aku ada friendster http://www.friendster.com/aizoul

aku ada hi5 http://xcopzs.hi5.com

Gelagat anak2 ku...

29 Januari 2009
lucu la
Iman suka main air
tgk la tu
Tiga beradik anak Kak Tih
Iman yg sgt kekwat dgn Pak Andak
Ayunni Najwa anak Abg De

Riang ria si BOTAK

28 Januari 2009




uhhhhhh...tak suka tapi apakan daya..bru jer beberapa hari sebelum masuk ILP rambutku di dimanjakan di saloon Derrick & Team..tup..tup..masuk ILP kena botakk...sgt2 sedey...tak per la..pengorbanan demi cita2


Lentera Timur

09 Januari 2009

Salam

Akhirnya ku milik jua LENTERA TIMUR...album ini bakal mengondol sesuatu untuk AIM akan datang pastinya...harap begitu lah kan..kan nuar.huhuhuhu...mari kita menghayati gemersik alunan lantera timur



My favourite track:

*Di Taman Teman
*Senyum Minang Manis
*Ada Masa Mata

Kekasih ku Carloz Ego

10 Disember 2008
Salam..
entry kali ni ingin menceritakan pada semua mgenai my love..jgn slah sangka dan gossip2 bersama makcik labuci ok..yg aku mksudkan adalah my chomel skuter ..aku kasi nama Carloz Ego..huhuhu


Zoul pkai dah hampir 8 bulan..tetap chomel sbb di jaga dgn baik..wahhhh

ni la wajah tampan beliau..


bersama Kakak beliau Mimi Kelisa


mesra bersama kembar Khairil Ego

dari pandangan belakang

dari pandangan sisi

nasib tak demam kena hujan

Senyum sokmo

20 November 2008
pimp myspace profile

pimp myspace profile


Pada suatu malam, seorang isteri mengadu sakit perut kepada suaminya. Dia risau akan kandungannya yang menginjak usia.

Doktor mengesahakan bahawa beliau akan melahirkan bayi kembar tiga.Sambil mengusap usap perutnya yang terasa tendangan tendangan dari bayi bayi dalam kandungannya itu sambil tersenyum kepada suaminya... .

Bayi dalam kandungan... ..
Tiga bayi kembar dalam perut ibu ini bertanya cita-cita masing-masing...

"Abang Sulung cakap" : Abang nanti nak jadi pegawai TNB sebab dalam perut ibu gelap.
"Adik kedua cakap" : Angah nak jadi pegawai SYABAS sebab dalam perut ibu banyak air... .
"Adik Bongsu pulak cakap' : Adik nak jadi POLIS BRANCH sebab nak siasat siapa budak kepala botak yang asik keluar masuk kat dalam perut ibu pastu pancut air kat kiter bertiga.

Hampeh betul budak botak tuh...hahahahaha

Snap2

21 Oktober 2008
Entry selingan jer..kemain hanset baru kans..so snap2 la kijenya..gile gambar sgt
anyway ni pic bru lps gunting rambut..huhuhu..


VPI in my hearts...

29 April 2008


VPI Seremban..1st job aku..

MUD in memory...



Kenangan dulu ku jadikan ia sebagai pegangan untuk hari esok.Dulu kami sama-sama menuntut dan belajar. Noni,Aya,Yuz,Yen,Nadia,Emma,Dayah,Komeng,Epy,Boyot,Ejan,Nani,Fa dan Zoul(aku).Den,Cikon,Pja,Pinky,Johana,Mira,Shima dan Ati..Kenangan bersama tak kan ku lupa hingga nafas terakhir. Multimedia Desingner in memory..

ku lepaskan demi dia...

28 April 2008

biarlah dia bahagia..
aku hanya mampu berdoa agak A dan W bahagia..
walaupun ia perit ku tabah lalui liku-liku hidup ini..
aku pasrah dengan hidup ini..
aku rela merana demi dia..
aku rela sendiri demi dia..
aku rela rindu demi dia..
aku rela semuanya demi dia..
apakah daya takdir tidak tertulis buatku..

xCoPzS jOkE cOLLeCtiON...

13 Disember 2007


BURUNG

1979
====
Anak:Abah, tu burung ape?
Bapak:Burung Murai, nakk..
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!(Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!!(meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau
tuli baru kau tahu!Udah!!!Jgn permainkan orang
tua-tua tak baik!!!!
......................................................

2007
====
Bapak:Amin, tu burung ape?
Anak:Burung Murai, ayah….
Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai.
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer?
Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil
abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil
jer abah dah menyahut.
Abah tak berani nak wat pura-pura pekak macam
ngko selalu buat tue. Barangkali itulah
yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni
Tuhan kasi klear sampai sekarang.
..............................................................................................................
2020
====
Anak:Abah, tu burung ape?
Bapak:Burung Murai, nakk..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung Murai..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung bapak...
Anak : Bapak ape???
Bapak : Bapak kau..
Anak : ?????????

*morale : Hormati la orang tua kamu..

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tidai yang baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah Binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"...
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******
Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my freind lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I cut connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking abount you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk.
TIJAH

PUISI SUKA TAK SUKA

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka
masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa
masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya
masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja
bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?....

MAHKAMAH...

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

SINCHAN YANG MENGGONG

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

KISAH PERUBATAN PLAK..

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

hahah...sengal!!