Bila nak pindah umah....

12 Januari 2009
Salam...

Ni la keadaan nya kalau nak pindah umah..barang punya la byk..mcm mana la gamaknya aku nak sumbat dalam keta si pojie tu..kekdahnya pojie yang akan hantar aku gi ILP tu nanti (14hb ni)...

Thanks pojie..huhuhu.mula2 cik anis nak hantar aku.tapi atuk dia sakit kat kg.so tak dapat la dia nak hantar aku ke sana (ILP)

letih betul nak berkemas..sampai tak tidur aku berkemas..letih nya..tak per la sekali skala kan


file2 dan nota2
buku2 aku
mcm2 ada..seleraknya
baju yg tak vogue

rimas nya

sudah kemas
sekian

iBu


Kisah ini sekadar renungan..sekadar berkongsi cerita sahaja..



Selagi masih ada ibu, hargailah...
Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........



bila dah ada duit...

11 Januari 2009
tarikh: 9 Jan 09 (jumaat)
tempat: sg wang plaza



Salam semua...
ayooo sale merata2..rambang mata aku..seek, padini, soda, googles, PDI semua blumba2 dgn sale nya..

aku mgambil kesempatan sebab baru je dapat gaji utk beli la apa yg patut..di temani rakan baik sejati aku si Mady yg jelita....kikikiki..round2 la satu butik ke butik yg ada kat dalam tu

erm padan muka aku abis duit beli baju..huhuhuhu..at least puas ati dapat apa yg kita nak kan..











Lentera Timur

09 Januari 2009

Salam

Akhirnya ku milik jua LENTERA TIMUR...album ini bakal mengondol sesuatu untuk AIM akan datang pastinya...harap begitu lah kan..kan nuar.huhuhuhu...mari kita menghayati gemersik alunan lantera timur



My favourite track:

*Di Taman Teman
*Senyum Minang Manis
*Ada Masa Mata

1st entry in 2009

05 Januari 2009
Salam..

Rasanya dah lama tak menulis kat blog ni..memang lah tak menulis hadek2 semua sebab aku menaip je selama ni. hahahaha...lawak yang pasti direject oleh semua .. ok entry 1st in 2009 ni aku nak cerita pasal satu kejadian yang membuatkan aku mengimbau kenangan dedulu..huhuhuhu.kisahnya begini..jeng jeng jeng:

seorang budak nakal bernama Iman Hakim telah menyelongkar kotak Pak Andak nya (aku la tu)....

dengan kenakalan nya, beliau telah mengeluarkan isi perut kotak tersebut. Untuk pengetahuan semua di dalam kotak tersebut memiliki banyak barang2 lama milik Pak Andak nya...

eh...eh lucu la Pak Andak time ni...Iman sedang gegeh menyelongkar barang2 Pak Andak nya Meh tgk apa yg dijumpai oleh penyiasat Pak Andak ni:

seingat aku 16 Ogos 2002 memula aku beli hanfon..handfon yang cukup gah time tu 33seposen ..masa tu study kat UiTM


aku beli sekali siap dengan sim card. so dah 6 tahun aku pakai no fon skrg..lama gak kan..syg nak tukar sebab aku beli sim card ni dgn harga yg amat mahal, around RM100..masa tu memang mahal nak di bandingkan dengan sekarang hanya 10 hengget sajo..

eh ni plak IC aku masa memula wat masa darjah 6..sgt cute.kikiki..

borang perjanjian PTPTN..

dulu nak apply PTPTN kena guna akaun Affin Bank...skrg dah tukar ke Bank Islam katernya

Slip result SPM 2000...huhuhu..biarlah rahsia..mesti korang semua pelik tgk list subjek yang aku ambik kan..actually itu lah hakikatnya..
result2 UiTM..bad result..malu arrr..

surat tawaran UiTM

sape yg aku lukis ni?

pemberian sahabat baik

lucu la kad matrik UiTM ni


semua ini tetap terpalit memori rasa antara kita... harap ia akan terus segar di ingatan ku..

sekian..