Lawak hari ini tajuknya : Jom bunuh setan...

03 September 2009



Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Lawak hari ini tajuknya : Nak tengok keretapi berlanggar!

02 September 2009

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri
kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."

Seminggu yang bermakna...

01 September 2009

Salam

24 - 28 Ogos 2008
Kolej Empire Putra Bandar Seri Putra Bangi
Modul SLDN


Dalam tempoh seminggu kami di dedahkan dengan modul2 SLDN..kami diberikan kumpulan..dalam modul ni penuh dengan presentation, games dan discussion..best la wlaupun kadang2 mengantuk dibuatnya..


Thanks kepada semua yang terlibat terutama Encik Mujaheed, Cik Azi, Cik Isma, Cik Liza dan lain2 FC..sepanjang modul ini kami banyak mendapat manfaat dan pengetahuan tentang SLDN..yang penting kumpulan aku CAKAR diumumkan sebagai pemenang dengan jumlah mata tertinggi..kikikiki..

wajib tgk pic2 tu ok



setel....

Salam Kemerdekaan yang ke 52 tahun



Salam..

Selamat menyambut hari merdeka yang ke 52 tahun buat semua rakyat Malaysia..Merdeka kan lah minda & diri kita dari dijajah..sama2 fikirkan..

ikhlas dari Aizoul

Lawak kelat: Murid Tak Boleh Pakai.


Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas.... Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain.

Lalu guru itu berkata...
"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat
keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong
beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...