Selamat Hari Jadi ADIK KU ANIS

14 Ogos 2010
Dikesempatan ini Abang ingin mengucapkan  SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR yang ke 23 tahun buat  Nuranis Mohd Alias..

Harap akan dikurniakan kejayaan dunia & akhirat, rezeki yang melimpah ruah, jodoh yang baik dan kesihatan yang berterusan. amiiinnnnn





    

Alhamdulillah..selesai sudah

13 Ogos 2010

10-12 Ogos 2010
Selasa - Khamis
Institut Karisma Bangsar

Salam semua..
 1st day

Harap semua berpuasa yer..arini dah hari ke3 pun. Cepat je masa berlalu..tup2 nanti dah abes sebulan berpuasa & kite akan raya..yahuuuuuu...

 kertas exam teori
 gegeh menjawab soalan yg maha dasyat

Entry bukan nak story mory pasal puasa ataupun raya tapi nak story pasal 3 hari yang memenatkan bagi aku. 1st day tu takper la sebab belum start berpuasa. Boleh makan lagi. Makan free plak tu. Penilaian ari tu bermula dengan ujian teori. Alhamdulillah boleh jawab je dengan jayanya. Walaupun soalan keliru giler.

2nd day
 masa aku wat pembentangan


So petang dah start presentation projek akhir. Group aku tak present ari tu. Just dengar je la. 2nd day baru aku present hasil kerja projek akhir aku. Group aku paling lama aku rasa. Bersoal jawab dengan pegawai penilai hampir sejam. Alhamdulillah setel gak akhirnya. 
Dan hari terakhir baru sessi penilaian fail portfolio dan cop mengecop dan tandatangan. Maka sahkan penilaian aku sebagai seorang graduan DIPLOMA K-WORKER (Multimedia) SLDN. alhamdulillah semua lulus batch aku. TAHNIAH semua penat lelah selama ini. So tunggu konvokesyen sahaja..

 gambar2 sekitar 3 ari sessi penilaian SLDN
 wajah ku penilaian hari ke3


 Tu dia wajah Pegawai Penilai yang sgt ganas..hehehehe

 wajah ceria sebab dah setel
 ni kwn baik aku Rahmat
di apit barisan jelitawan

Salam Ramadhan 1431H / 2010 M

10 Ogos 2010

Assalamualaikum wbt

Ramadhan menjelang tiba..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Marilah kita beramal di bulan yang mulia ini. Azam saya di bulan ini adalah melengkapkan 30 hari puasa Ramadhan seperti tahun2 lepas dan solat lima waktu dan terawih..insyallahhhh...

Fiesta Bera 2010


Salam semua...
Lama tak update citer..Bz sket.Almaklum la balik kampung.Ada je benda yang nak buat.Baru2 nie ada satu event kat tempat aku FIESTA BERA 2010..Ala2 jom heboh tapi tak la sebesar jom heboh.Mini2 je tapi macam2 la aktiviti yang dianjurkan oleh urustia. Antaranya pertandingan FUTSAL, PANCA IDOL (karaoke), pameran, jualan dan macam2 la pertandingan dan KONSERT PANCAINDERA.

Aku mgedik la join pertandingan karaoke. Tapi haram tak dapat ke final. Ni la 1st time aku join pertandingan karaoke. Dengan takde persediaan nya, masalah CD tak bleh run nya. Tapi aku kira ok la, takde la teruk mana aku nyanyi.hahahaha..bantai lagu KASIH TERCIPTA. Mula2 nak bawak lagu PERPISAHAN. CD plak wat hal..tak pela ni pengalaman pertama. Yang dapat ke final suara mantap2..meleleh airmata aku dgr. Kagum sungguh...Juaranya lelaki..persis AMY SEARCH tapi suara meremang bulu roma aku dgr. Menangis kalau korang tgk. best & dasyhat giler dia tarikk n main feel..

Fiesta berlangsung 3 hari 2 malam. Konsert dari penyanyi dan pelakon terkenal seperti Fazli Zainal, Alyah, Dafi, Hattan, Azza Elite, Ery Putra, Kamal Adli, Intan Ladyana, Syed Ali, Razali, Hairi anak wayang, dan beberapa penyanyi baru. Roslan Aziz dan Amyza Adnan jadi pengacara malam tu. 

So layan je la gambar2 ek...





























Ali Samadi (Penyanyi Iran) feat Candy AF5

05 Ogos 2010


**sexy woo Candy dalam videoklip ni..layannnn