Ikan Patin Masak Tempoyak

26 Jun 2009

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya
Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.
Cadangan Hidangan:
Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap
Tambahan:
Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak.
Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang.
Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah )

**resepi ini di minta oleh cik Anis nenek itu..hahahaha..salin yer..selamat mencuba

8 kOmEn:

  1. AniS GalaXy berkata...:

    time kasih daun keladi
    lain tapau la lauk nie sekali...
    hehehe

  1. Hezesuze berkata...:

    ishh lom try lagik ikan patin tmpoyak ni...slalu sis wat udang tmpoyak jerk...

  1. Blog Eazy Izzuddin berkata...:

    uish sedap nih
    nk suwo mak msk la..
    xD

  1. oh selera kampongku terbuka memandang ini entry....

  1. Kotak Hati berkata...:

    terliur tengok pix tu..
    sedapnye..hi3

  1. Pojiepooh Abdullah berkata...:

    alahai...
    dah dekat 2mggu aku xpekena lauk yg shedappp nih sbb makcik bwh umah bcuti² Malaysia..
    hoiii, dh xmo niaga ker??
    aku dah kecur dah nih baca n3 budak nih..
    nk masak sndiri idaok ler reti..

  1. waghh kecoqq lior hahaha

  1. z o u l berkata...:

    anis:
    tapau ke
    insyallah

    kak heze:
    udang tempoyak x penah rasa la..
    best ker?

    eazy:
    try la..jnji malu2

    nuar:
    yer sgt best

    kotak hati:
    gambar best?kikikiki

    pojie:
    meh dtg phg
    aku msk kan utk ko

    rizz:
    lap air liur tu