Keynote

15 Jun 2010


Keynote adalah program terbaru astro mencari bakat-bakat muda dalam bidang penciptaan lagu yang berkaliber untuk menjadi seorang penerbit album.Ajai yang berpegalaman sebagai komposer selama 20 tahun bertindak sebagai DEKAN untuk rancangan ini.

 Proses seperti inilah yang bakal dilalui oleh 12 peserta sekiranya terpilih menjadi finalis selama tiga bulan di akademi Keynote nanti. Ini merupakan platform kepada mereka untuk menonjolkan bakat terpendam dan apa yang mereka pelajari di pusat pengajian tinggi mahu pun di tempat lain.

Walaupun menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 sahaja, pulangan yang bakal diperoleh oleh juara dalam jangka masa panjang . Para peserta akan menerima tugasan pada setiap minggu dengan genre muzik yang berbeza seperti pop, rock, world music, jazz dan pelbagai lagi. Sama2 la kita tgk macam mna bentuk lagu yang bakal dihasilkan.

Selain itu, Ajai bersama rakan kongsi Erwin Azizi telah menubuhkan E&A Production sebagai platform kepada semua peserta yang bakal bersaing di arena Keynote dalam merealisasikan minat serta cita-cita mereka bergelar komposer setelah keluar daripada rancangan itu kelak.

Bersiaran di saluran Astro Ria, setiap Selasa bermula 15 Jun ini pukul 10 malam yang menggandingkan Yasmin Hani dan Farish Aziz selaku pengacara.

3 kOmEn:

  1. Mahamahu berkata...:

    layak lah ajai tu hehehe..

    lepas ni byk lagi bakat mcm yuna and budak2 indie...

  1. 'AQILAH berkata...:

    macam2 dah sekrang ni :)

  1. El-Zaffril berkata...:

    Kau masuk la...