takde semangat

31 Mac 2011
sejak akhir2 mcm2 terjadi dalam hidup aku. Aku jadi tak semangat dan moody. Aku mudah sakit, ntah nak blogging pun dah takde mood n semangat. nak kerja pun rasa malas je. ok lah lain kali la updated kalau semangat tu ada.


Aku pasrah dengan dugaanmu Ya Allah

11 Mac 2011
Salam semua..

Lama aku menyepi dari menulis disini. Ketiadaan aku disini banyak mengundang pahit manis kehidupan. Ia membuatkan aku tabah dalam mengharungi kehidupan yang bukan hanya untuk kegembiraan semata2. Aku baru kenal apa itu dugaan Allah buat hamba Nya. Ini baru sedikit yang dia bagi. Mungkin mendatang akan lebih dashyat lagi. Ini membuatkan aku sentiasa berfikir apa kah nasib aku pada masa akan datang. Yang hanya aku mampu hanya berdoa dan meyembah keredhaan setiap kali solat supaya di sihatkan tubuh badan untuk mencari rezeki yang halal.

Mungkin kealphaan bekerja membuatkan kite lupa pada kesihatan tubuh yang kurang di jaga. Akibatnya aku diserang sakit. Mula2 dengan demam biasa, tubuh menjadi lemah, selera makan menjadi kurang. Selepas percutian dari Pulau Perhentian aku di serang demam panas dan sesak nafas. Aku fikir ia biasa sahaja. Terima kasih kepada keluarga yang meghantar aku ke Hospital. Pemeriksaan dilakukan. Aku ditahan diwad petang itu juga. Bermula lah pengalaman hidup baru berada di wad. Macam2 yang aku fikirkan.

Aku di cucuk dengan jarum, sakit hanya tuhan yang tahu. Aku terus dimasukan dengan air dan ubat. Selang beberapa minit doktor, jurujawat akan memeriksa tekanan darah, ambik darah.. alamak sangat2 menyakitkan. Serik dibuatnya berada 6 hari di dalam wad. Ke tandas terpaksa mengusung botol cecair. Kadang2 darah terkuar dari wayar2 bersilarat. Tido malam tidak pernah tenteram dan lena. Ketidakselesaan dan terpaksa bernafas menggunakan wayar oksigen.

Aku sangat menghargai Abang, Adik aku yang berulang alik ke hospital tengok aku. abg ipar, kakak aku dan yang paling aku hargai adalah Mak yang sentiasa berada susah dan senang. Aku sayang semuanya. Mereka lah lambang kekuatan aku.

Alhamdulillah aku semakin sehat. Ubat tak pernah lekang dari mulut. Doakan keselamatan dan kesihatan aku berterusan.