Memaparkan catatan dengan label Nurani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurani. Papar semua catatan

Nisfu Syaaban

04 Julai 2012


Hari nisfu Syaaban adalah Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Catatan pertama bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 15 Syaaban bermula  pada 14hb Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib.

Nuzul Al-Quran

17 Ogos 2011

Salam semua...
17 Ramadhan bersamaan NUZUL AL-QURAN. Pada tarikh ini lah al-Quran yang pertama diturunkan. Beikut adalah serba sedikit tentang Nuzul Al-Quran.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Potong Bukan Sebarang Potong

16 Ogos 2011


Salam..

Anda biasa memotong kuku tak?  Biasa potong ari apa? 
barang siapa yang mengerat kukunya pada:


Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan 
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala






Mari kite fikirkan...

19 Januari 2010

Salam semua...


Subhanaallah..ni bukan blog misteri nusantara yer..ni tetap blog AKU LELAKI BIASA..

Sekadar ingin berkongsi satu gambar yg aku dapat dari MMS adik aku..menurut adik aku dia terima MMS nie dari awek beliau..huhuhuhu..

Gambar nie diambil pada 15 Jan 2010 pada 4.42ptg..menurut dia lagi time tu gerhana..betul ke idak..cuba korang fikir2 kan lah apa yg tersirat di sebalik gambar itu yang seakan2 bayang orang sedang mengangkat takbir..SUBHANAALLAH..