Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Persiapan sebelum raya 2011

09 September 2011
Salam..

Gegeh bangun pagi utk persiapan raya. Just kemas rumah serba sedikit dan simple deco. Just simple & nice. Tema nya "jimat duit". So guna je apa yang ada depan mata. 

Seperti biasa tiap2 tahun beli je lembang. Tak mampo buat mcm sebelum2 ni. Lagipun masa arwah abah ada dulu, dia rajin wat lemang. Beli bukan nya murah. RM9 sebatang. Beli la dalam 25 batang lemang dari org kg terdekat. 

Kari daging dan ayam masak lemak cili api disediakan oleh my Kak Ngah. Mak dah tak larat masak mcm dulu2. Dah tua kan. Petang tu kami berbuka bersama2 satu family. Meriah nya..suke suke suke...










Soping Moping Aidilfitri 2011

28 Ogos 2011
Hari Jumaat
Tarikh 26 Ogos 2011
Lokasi Jln TAR,Sg Wang
Pelaku Midoh Ripin, Rokiah Jaya, Fatimah Rosli


Yahuuu dah nak raya. Sebelum BALIK KAMPUNG kami anak beranak dgn geygeh mhabiskan duit gaji utk bsoping. Bukan beli untuk kami je, tapi utk mereka yg berada di kampung jugak. Korang bayangkan la bila lelaki mbeli tudung mcm mana. Susah betul la nak memilih. Dapat gak merembat 7 8 tudung utk kakak2, mak n anak buah.

Misi seterusnya mencari baju di Sg Wang. Aku capai je apa yang patut n byar. Puas sgt dapat soping ni. So pokai la aku. nak g China plak pas raya ni..


 suasana di stesen Hang Tuah..yg sgt2 sesak 
 Jln TAR yg wajib sesak menjelang raya

IFTAR di PANNAZ.com.my

Salam..

Skrg mood nak raya je..nak plak tgl sisa2 Ramadhan..persediaan pon masing2 dah 80%-90% kan..ni nak kongsikan majlis IFTAR sebelum aku bercuti. Bertempat di restoren pannaz.com.my   <---click Damansara Perdana. Atas tajaan my boss dan officemate. Dalam 26 org. So far not bad makanan2 kat situ. Special meal nya kambing, lembu, ayam BBQ..so layan gambar ok

  suasana dalam yg cantik & menarik
 harga yang berpatutan
menu lunch & breafast pun ada ...dibuka 8 am- 11 pm
 my officemate yang maha tintong
 my boss baju hijau En Azam..Thanks belanja
 semua nya sempoi2
makanan yg best

IFTAR 1432 H sana sini

24 Ogos 2011
 Salam


Dah 24 Ramadhan skrg. Kurang dari seminggu kita akan berhari raya. Seronok tak terkata. Berikut ada IFTAR baru2 ni bersama rakan2 di dua tempat iaitu Wong Solo Kg Baru & Mali Kajang. So tunggu next entry ok

ragam semua rakan2

 happy birthday nek Anis 
 ada orang nak suap aku kek..memang tak la

my tintong's housemate Haikal

berbuka bersama ex IKTBN Sepang cos multimedia kat restoren Mali , Kajang
Aya, Dayah, Nadia, Fadhli..Nani, Cikon (tiada dlm gmbr)

Persiapan Aidilfitri

21 Ogos 2011
Salam..

Tinggal 9 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tak sabar rasa nya. Persiapan aku ala qadar je. Cuma belum tukar duit kat bank utk duit raya & beli baju melayu. Yang lain ada la beli sikit2..Jangan duk membazir beli barang2 yang tidak perlu. Islam kan galak kan kita bersederhana dalam semua hal. Selamat berpuasa semua..



19 Ramadhan 1432

20 Ogos 2011
Salam semua..

Apa khabar semua. Dah 20 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Cepat masa berlalu kan. Excited dah ni nak beraya. Hehehehehe..Becerita tentang Ramadhan ni, aku memang sgt2 suka memasak. Semalam aku sgt teringin utk masak makanan kampung. Maka siapkan sambal udang petai, sayur labu masak lemak, ayam goreng n cekodok labu. Alhamdulillah kenyang.Rezeki bulan puasa



Berbuka puasa di Restoren Azea

10 Ogos 2011
Salam semua..

Apa khabar? Banyak undangan berbuka puasa? Aku tak de satu pun..sendri masak, sendri bayar, sendiri makan. Cerita pasal berbuka puasa, baru2 nie aku & housemate berbuka di Restoren Azea

Terletak di Taman Equine Sri Kembangan. Berhampiran Jusco..kepada sape2 yg terliur di syorkan gi ke sana. Tak menyesal punya. Rasa n harga berbaloi2..Puas hati gerenti. Masakan ala Thai serta melayu yang unik. Antaranya ialah Ikan masak phuket, tomyam azea special, pulut manggis, ketam masak ilman dan macam2 lagi.










8 Ramadhan sudah...

08 Ogos 2011
Salam Ramadhan semua..

Sedar tak sedar umat Islam telah seminggu berpuasa. Sangat pantas masa berlalu. Sungguh seronok berbuka puasa bersama2 rakan baik. Aku lebih suka masak di rumah berbanding beli di bazar Ramadhan. Harga makanan sekarang macam dah tak masuk akal. 

Bayangkan harga sekeping murtabak Singapore yang tidak kurang enak nya dengan murtabak biasa RM5 sekeping, ayam percik pun paling kurang RM4 seketul. Adoii rasa tak de la best mana tapi mahal. so kalau jarang2 tu boleh la nak beli. Kalau hari2 pitammmm... 

Oklah berbalik pada cerita, aku ajak member baik aku berbuka di rumah. Masak simple je, ayam goreng special (ntah la apa specialnya), kobis masak lemak, bihun goreng, ikan kering (wajib) dan beli beberapa jenis kuih dan ayam golek. Alhamdulillah kenyang gak. syukur pada Allah yang dikurniakan rezeki di bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa..daaaa






Ramadhan + Kelas SLDN + Shooping = NAK RAYA

15 September 2009
Salam

sebelum tu bagi aku wat regangan otot dulu..senang sket nak menaip...1 2 3 4 ..8 lagi..


Sedar tak sedar kite dah hampir ke penghujung Ramadahan..alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dikurniakan nikmat yang berterusan..ahad ni kite dah beraya..masing2 semua dah excited menunggu lebaran..tak terkecuali zoul disini..

Entry arini nak ceritakan kisah2 Ramadhan yang lepas2 dan kelas sepanjang bulan puasa..macam2 ragam dan gelagat sepanjang bulan ni..ada yang lucu, ada sedih, ada yang gembira..huhuhuhu...Paling best bila berbuka ramai2 satu rumah..wlaupun mkanan yang ada tak seberapa tapi ia amat bermakna bila berbuka ramai2...

Paling lucu bila bangun sahur..masing2 kalau kena kejut sahur wat mcm2 memek muka..muka merapati kematian r, muka nak kena PENAMPO r, muka sengal. r.lucu giler..kahkahkahkah...walau aku je yang kena masak utk housemate waktu sahur aku tak kisah sebab ia menambahkan pahala aku di bulan mulia ni..huhuhuhu..

so layan pic bawah ni..

tu dia tukang masak merangkap tukang bebel bersama puteri arora beradu bersama masakan IKAN KEMBUNG MASAK MERAH KETUK2 KUALI

IKAN KEMBUNG MASAK MERAH KETUK2 KUALI

ni plak TOMYAM AYAM AIR TANGAN AIZOUL BANDAR SERI PUTRA, BANGI SELANGOR DARUL EHSAN... mampu sebut satu nafas

Abg Long bersama masakan AYAM GORENG PAKGUARD..knape pakguard?rahsia...

nie la gelagat sebelum berbuka..i like

=============================================

KFC Kajang
Zoul feat Ash & Komeng

Masa ni tak ingat la tarikhnya..yang pasti aku & Ash ke Kajang untuk window shooping..sambil tu aku ajak ex-clasmate aku Komeng berbuka sama kat KFC Kajang..kami bertiga je masa tu...tapi kire OK la walaupun tak ramai berbuka sama...so enjoy r gak

yang pakai topi tu ASH & baju merah tu KOMENG...dua2 NOT available kot?

pose TAK SEDAR DIRI dari tuan tanah..ko ADO?

================================================

Kisah Weekend plak
Shooping bersama Kak CT dan Mady

Area Jln TAR


tu dia kereta RAMAINYA..ni jalan sekitar LRT Bandaraya..kalau aku fengsan ni..

setelah dihitung dan dikira seBANYAK 23 JUTA telah bershooping pada hari itu..***matilar PROPA

tgh tunggu apa ni ABANG oi? ABANG ker?

DUTA pusat pakai HARI-HARIKU

KAMI bukan BOHSIA

MANJA ke x?ANDA MAMPO?

============================================

kat bawah ni semua gambar kat kelas SLDN

****tgk je la ek..malas betul aku nak taip







SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI SEMUA