Apa itu SLDN...

31 Mei 2009


Salam..

Seperti yang aku janji kepada semua aku nak cerita kan apa itu SLDN..program ini bakal disertai oleh aku pada semester hadapan...

Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN). Sudah tentu korang tertanya2….apakah yang dimaksudkan dengan program ini??

Sistem Latihan Dual Nasional ini ini adalah program di bawah tajaan kerajaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.

SLDN ini juga ialah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di 2 tempat iaitu di syarikat dan dipusat latihan.

Apakah Faedah yang akan dapat??

1. Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah yuran pengajian adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

2. Program khas ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan skim latihannya berasaskan kemahiran dan teori.

Itu la serba sedikit tentang SLDN..berkemungkinan aku akan masuk syarikat2 yang berkaitan dgn kursus aku iaitu Multimedia area KL atau Selangor..meliputi bidang grafik, video audio, web ataupun animasi. doakan lah yang terbaik untuk aku yer..


Sekian

1 kOmEn:

  1. pape ponn gud luck do ur best!