Salam Aidilfitri buat semua...

10 September 2010
Assalamualaikum w b t

Sebulan Ramadhan terasa begitu cepat. Kini tiba lebaran yang di nanti2 kan. Hari kemenangan bagi semua umat Islam di dunia. 

Dikesempatan ini Zoul ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat BONDA tersayang, Embong, Ngah, Abg De, Tih, Tam dan Alang. Ipar2, anak saudara ku sekalian, rakan2, sahabat2, kwn2 seluruh Malaysia, bloggerwan, bloggerwati dan semua yang yang membaca blog aku. 

Tahun ni raya ke2 tanpa abah. Sayu je rasa kalau di pagi raya. ALFATIHAH untuk ABAH DISANA..

Sembah salam ampun maaf buat semua dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jemput lah datang beraya ke teratak aku di alamat NO22 Kg Durian Tawar, 28200 Bera Pahang.

Di Aidilfitri ini
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri

Di Aidilfitri ini
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.

2 kOmEn:

  1. Fatihah berkata...:

    salam aidilfitri zul
    maaf zahir batin

  1. humbleyat berkata...:

    salam adilfitri dr kuantan..