Aku pasrah dengan dugaanmu Ya Allah

11 Mac 2011
Salam semua..

Lama aku menyepi dari menulis disini. Ketiadaan aku disini banyak mengundang pahit manis kehidupan. Ia membuatkan aku tabah dalam mengharungi kehidupan yang bukan hanya untuk kegembiraan semata2. Aku baru kenal apa itu dugaan Allah buat hamba Nya. Ini baru sedikit yang dia bagi. Mungkin mendatang akan lebih dashyat lagi. Ini membuatkan aku sentiasa berfikir apa kah nasib aku pada masa akan datang. Yang hanya aku mampu hanya berdoa dan meyembah keredhaan setiap kali solat supaya di sihatkan tubuh badan untuk mencari rezeki yang halal.

Mungkin kealphaan bekerja membuatkan kite lupa pada kesihatan tubuh yang kurang di jaga. Akibatnya aku diserang sakit. Mula2 dengan demam biasa, tubuh menjadi lemah, selera makan menjadi kurang. Selepas percutian dari Pulau Perhentian aku di serang demam panas dan sesak nafas. Aku fikir ia biasa sahaja. Terima kasih kepada keluarga yang meghantar aku ke Hospital. Pemeriksaan dilakukan. Aku ditahan diwad petang itu juga. Bermula lah pengalaman hidup baru berada di wad. Macam2 yang aku fikirkan.

Aku di cucuk dengan jarum, sakit hanya tuhan yang tahu. Aku terus dimasukan dengan air dan ubat. Selang beberapa minit doktor, jurujawat akan memeriksa tekanan darah, ambik darah.. alamak sangat2 menyakitkan. Serik dibuatnya berada 6 hari di dalam wad. Ke tandas terpaksa mengusung botol cecair. Kadang2 darah terkuar dari wayar2 bersilarat. Tido malam tidak pernah tenteram dan lena. Ketidakselesaan dan terpaksa bernafas menggunakan wayar oksigen.

Aku sangat menghargai Abang, Adik aku yang berulang alik ke hospital tengok aku. abg ipar, kakak aku dan yang paling aku hargai adalah Mak yang sentiasa berada susah dan senang. Aku sayang semuanya. Mereka lah lambang kekuatan aku.

Alhamdulillah aku semakin sehat. Ubat tak pernah lekang dari mulut. Doakan keselamatan dan kesihatan aku berterusan.

12 kOmEn:

  1. Jaga diri aizoul.. Moga kembali sihat seperti dulu.. Kami semua doakan supaya cepat sihat.. :)

  1. ::FAIZ:: berkata...:

    semoga cepat sembuh.....InsyaAllah.. Amin...

  1. buDak ITam berkata...:

    weh...kurusnyer ko...moga ko bertambah sihat n ceria sokmo...:)

  1. DDFABULOUS.COM berkata...:

    moga cepat sembuh beb...mkn ontime n mkn ubat ontime gak...

  1. Adie Waridi berkata...:

    jaga diri elok2 k pasni...keja2 gak..kesihatan mestilah diutamakan

  1. aku lelaki biasa berkata...:

    lewn kali lau demam jer..jgn tunu lama2..trus g je hospital....wokeh..heheheh..pe2 pun hope ok la

  1. yana berkata...:

    rehat ye...
    jgn pk sgt sal kje...
    da de org gnti mu kan?
    rilek k..
    yg pnting skunk kesihatan mu..
    rndu mu sesgt darl... =)

  1. Mahamahu berkata...:

    Aku doakan kau cepat kembali bersama kai kat sini merindui kau sgt2... aku pun nak kau lebih2 sihat dari dulu...

  1. Murni berkata...:

    semoga cpt sembuh..
    syukur DIA slalu memperingati kita
    agar kita tdk lupa padaNYA..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    salam.. oh, sorry to hear that bro..
    alhmadulillah tgh beransur sembuh...

  1. anak nelayan berkata...:

    assalam.
    alhamdulillah... skrang dah dpt blik nikmat sihat itu. jagalah kesihatan elok elok...sayangi diri. btw sy pengikut 231th. hehe=p smile alwyz aizoul !

  1. AishaAminudin berkata...:

    assalam,
    kekadang tu bila kita sihat, mmg tak sangka Allah tgok dan tiba2 kita di uji, kuatkan diri dan sabar dgn dugaanNYA ya dik, moga cepat sembuh, dan kembali bekerja..

    ps - adiah dh sampai, macihh dik
    take care