Salam Ramadhan semua..
Sedar tak sedar umat Islam telah seminggu berpuasa. Sangat pantas masa berlalu. Sungguh seronok berbuka puasa bersama2 rakan baik. Aku lebih suka masak di rumah berbanding beli di bazar Ramadhan. Harga makanan sekarang macam dah tak masuk akal.
Bayangkan harga sekeping murtabak Singapore yang tidak kurang enak nya dengan murtabak biasa RM5 sekeping, ayam percik pun paling kurang RM4 seketul. Adoii rasa tak de la best mana tapi mahal. so kalau jarang2 tu boleh la nak beli. Kalau hari2 pitammmm...
Oklah berbalik pada cerita, aku ajak member baik aku berbuka di rumah. Masak simple je, ayam goreng special (ntah la apa specialnya), kobis masak lemak, bihun goreng, ikan kering (wajib) dan beli beberapa jenis kuih dan ayam golek. Alhamdulillah kenyang gak. syukur pada Allah yang dikurniakan rezeki di bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa..daaaa
Cantik, maksud aku Langsir ngan Tv tu, Cantik sgt. hehe