Memaparkan catatan dengan label Rumah saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah saya. Papar semua catatan

8 Ramadhan sudah...

08 Ogos 2011
Salam Ramadhan semua..

Sedar tak sedar umat Islam telah seminggu berpuasa. Sangat pantas masa berlalu. Sungguh seronok berbuka puasa bersama2 rakan baik. Aku lebih suka masak di rumah berbanding beli di bazar Ramadhan. Harga makanan sekarang macam dah tak masuk akal. 

Bayangkan harga sekeping murtabak Singapore yang tidak kurang enak nya dengan murtabak biasa RM5 sekeping, ayam percik pun paling kurang RM4 seketul. Adoii rasa tak de la best mana tapi mahal. so kalau jarang2 tu boleh la nak beli. Kalau hari2 pitammmm... 

Oklah berbalik pada cerita, aku ajak member baik aku berbuka di rumah. Masak simple je, ayam goreng special (ntah la apa specialnya), kobis masak lemak, bihun goreng, ikan kering (wajib) dan beli beberapa jenis kuih dan ayam golek. Alhamdulillah kenyang gak. syukur pada Allah yang dikurniakan rezeki di bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa..daaaa






Shooting bersama krew Maggi untuk TV3

03 Ogos 2011

 Salam semua..

Adakah ada lapar?adakah anda tidak sabar untuk berhari raya? sebut pasal hari raya ni aku nak kongsikan perihal shooting Hari Raya ..program tu diberi nama "Rumah Amal Bersama Maggi" ..bakal ditayangkan pada  10 Ramadhan terakhir selepas siaran Jejak Rasul. 

Sebanyak 5 buah rumah terpilih untuk program ini. Yang terbaik akan memenangi RM5000 untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim terpilih. Sama-sama nantikan telatah kami di dalam siaran itu nanti.Nie aku kongsikan sepanjang rakaman tersebut

















modal kecik je..bilik jadi ceria

06 Februari 2011
salam...

modal cuma rm3.50 je sekeping kite boleh menceriakan bilik dengan kreatif. Tapi pandai2 la ikut kemampuan.. mcm aku ni yg gaji kecik stakat ni je r mampu untuk keselesaan  kan..so komen la




Inilah tempat ku berteduh...

27 Julai 2010
Salam...

Ni kali ke berapa dah aku berpindah randah tak tahu la..merata dah aku merantau. Hidup nomad sangat. Sejak lepas SPM lagi aku dah pernah tinggal kat pelbagai tempat, daerah dan negeri : Kuantan, Dungun, Sepang, Seremban, Port Dickson, Banting, Bandar Seri Putra, USJ 15 dan kini Taman LTAT, BUKIT JALIL. Aku duk berempat dengan kwn baik aku MADY, kembar dia YASER dan HAIKAL. 

Dengan perpindahan ke merata tempat nie menjadikan aku semakin matang, menambah pengalaman dan mempelajari banyak benda di tempat orang. Aku berpindah nie atas sebab kerja dan belajar. 

Lepas ni aku tak tahu la kemana aku akan pindah pulak. May be kampung halaman sendiri. Tak tahu la..hehehehehehe..Kawan aku pon semakin bertambah. Setiap tempat dan negeri ada kenangan manis dan pahit tersendiri. So ni la gambar-gambar rumah terbaru aku. layannnnnn..
 ruang tamu yang simple..barang2 kpunyaan orang lain..kelihatan helmet aku sajo disitu..aku bukan mat rempit..auwwww

 ruang makan hanya utk 4 org..IKEA mali..kikikiki

 dapur yg maha dasyat...rajin kami ke dapur yer

 kelihatan langsir jahitan sendiri..ko mampo?

 ni bilik tuan tanah..simple je

 ada meja cute utk berblogging dan on9..

tu tilam bujang saya..dari carvenzi..opssss..perlu ke bagitaw?..kelihatan daniel(bear saya) disitu..

***rumah kami kemas tak?