Trip to Guangzhou episod 2

28 September 2011
sambungan dari episod 1

terasa segar setelah puas tido selama 12 jam. Lokasi pertama pagi tu adalah Dr Sun Yat-sen's Memorial Hall. Sekadar tempat untuk merakam kenangan. Bergambar sakan la kat sana. Keunikan bagunan di situ bercirikan senibina China asli. 

Kemudian kami ke Yue Xiu Park. Kat situ tak kurang menariknya. Kebanyakan penduduk menjadikan taman ini utk berlatih menari, taichi dan bermain permainan tradisional China. Kagum aku dgn semangat warga tua yg gigih bersenam di sini. Di sini juga kami berpeluang membeli sedikit cederahati.

Setelah penat berjalan dan bergambar. Kami pergi ke Boston Hotel untuk menjamu selera di salah satu muslim restoren di situ. setelah kenyang kami pulang ke hotel untuk berehat.

next aktiviti dimalam hari

 Hotel Lido



Dr Sun Yat-sen's Memorial Hall
 bergambar kenangan di Dr Sun Yat-sen's Memorial Hall
  Dr Sun Yat-sen's Memorial Hall
  aku kat Dr Sun Yat-sen's Memorial Hall
  
 keunikan tong sampah
Yue Xiu Park
warga China yang suka menari dan bersenam




Trip to Guangzhou episod 1

27 September 2011
Salam semua..

Raya dah abes kan..uwaaaa.Entry ni nak bercerita tentang percutian aku bersama2 rakan sekerja ke Guangzhou, China. Kira ni mcm company trip la. Semua ditanggung kecuali duit soping moping.

check in

Pendek kata ni la percutian yang paling seronok dalam hidup aku. 15 Sept hingga 20 sept..5 hari 4 malam.Banyak yang aku nak ceritakan pengalaman di tempat org. Ada baik dan buruknya.

Ok kite cite satu2. Semuanya aku nak kongsikan bersama. Aku bertolak kul 5.35pagi dari LCCT, Sepang. Penerbangan dgn Airasia memakan masa hampir 4 jam. Aku ni jakun skit sebab 1st time naik flight. 

 
Dalam 9.30pagi tiba di Baiyun Airport. Sampai2 terus je gi tempat soping. Tempat yg mjual byk barangan dari kulit. Agak kejutan budaya yer, org China kebanyakan tidak boleh bertutur dalam bahasi inggeris. So susah sikit la nak tawar menawar. 

public fon kat sana
baru sampai Baiyun airport

Beberapa jam kat situ terus mengisi perut di Restoren Abdullah. Makanan boleh tahan sedap walaupun cara masakan muslim disana jauh berbeza dgn masakan melayu.
nasi lemak dalam flight.tak abes sbb excited smpai China

Selepas kenyang terus gerak ke soping mall lain pula. Kali tempat yg menjual alat2 elektronik dan gajet. Harga lebih kurang shj dgn barangan di Malaysia. Beberapa jam kat sana, letih sgt2. Terus balik ke tempat penginapan kami iaitu di Hotel Lido. Bayang kan aku tido 12 jam kerana sgt2 penat tanpa makan malam..

next day...tunggguuu....







keunikan bas disana yang menggunakan elektrik

 
teksi China 




restoren muslim di China

Bagaimana utk menukar Facebook Timeline

24 September 2011

nampak cool ke tak?tak cool?hehehehe..sila jeles2 yer..aku nak kongsikan bagaimana nak menukar FACEBOOK TIMELINE yg super cool ni. 

Sesiapa yg tak bleh menerima perubahan abaikan tutorial ini ok. Taknak cakap banyak la. Sape2 yg minat ikut step kat bwh ni sampai jadi ok..

tekan ni yer 





Rumah Terbuka Aidilfitri 2011

22 September 2011
Salam semua..

Sehat semua?sy ok la alhamdulillah selepas balik dari oversea ni.Walaupun sakit tekak sikit, itu normal la..hehehehe..Aku nak berkongsi kisah rumah terbuka kami 4 beradik..hehehehe..mady, haikal, yaser n aku. 

Alhamdulillah apa yang dirancang sgt2 berjaya wpun terdapat kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Tetamu tak putus2 dtg bermula jam 2 petang hingga 10 malam. Penat terpaksa dilupakan demi rakan2 tercinta. Walaupun masak dua kali kan..hehehehe..ramai yang memuji air tgn kami budak2 bujang ni.

Insyallah tahun dpn rezeki lebih akan kami buat lagi

menunggu kehadiran tetamu
gegeh menyediakan juadah rumah terbuka
penyediaan tempat dan masakan
antara makanan yang dihidangkan

mee sup kebabom air tgn Mady

thanks dtg Ilah dan pasangan
rakan sekampung
kwn2 ILP
kwn2 SMTT
thanks dtg yer
Eid dan housemate

Abg Amir terima kasih sbb dtg
ceriakan...suke2

barisan jelitawan

si manis 18 
ex2 student aku

ex IKTBN & ILP aka ex student aku