hazama, stacy, hafiz, jac & aril layak ke final
Kecewanya aku Shila Amzah tidak berjaya ke Final Mania, takpe la takde rezeki. Berbalik kpd konsert Mania semi final berlangsung meriah.
Persembahan dibuka dgn artis jemputan Randy. Beliau pelakon popular sinetron. Sory to say ko tak sesuai menyanyi. Teruskan berlakon je la dik sbb lagi sesuai.
Shila Amzah - My Life Suck Without You & Mahakarya Cinta
Vokal ko mmg best dik cuma pemilihan lagu mcm tak sesuai je minggu ni. Vote ko kurang ni. Out from mania. Sedihhh
Aril - Ku Cari Damai Di hati & Satu
Ko buat la apapun. Aku tetap tak suka ko. Ntah la sebab apa. Tapi ko ada peningkatan la dari minggu ke minggu.
Hafiz - Kaulah Segalanya & My Baby You
Beliau mempertaruhkan dua lagu ballad yg best minggu ni.Tapi kedua2 lagu tu tak sampai dalam hati aku. Nada tinggi My Baby You tak disempurnakan dgn baik oleh Hafiz. Bukan nak bandingkan. Ternyata versi Bob AF2 lagi menyengat.
Jaclyn Victor - I Always Love You & Tapi Bukan Aku
Tak perlu nak pertikaikan Jac layak ke final Mania & bakal juara pilihan. Jac antara penyanyi terbaik tanah air selayaknya dinobatkan sebagai juara pertama Mania. Love u singer machine.
Stacy - Kasanova & Hukum Karma
Beliau mendendangkan lagu sendiri minggu ni dgn arrangement yg baru. Agak pelik tapi tak menghampakan. Impak hukum karma tidak begitu terasa kerana muzik band yg agak slow. Tapi mungkin di dewan lebih terasa keROCKannya.
Ebi - Kasihnya Laila & Tiga Malam Tanpa Bintang
Vokal paling teruk minggu ni. Gi blaja vokal lagi yer. Out of Mania
Adira - Karena Ku Sanggup & Aku Skandal
Part high note adira sangat2 struggle sampai mencacatkan persembahan beliau. Lagu ke2 lebih comel tetapi lansung tak mnmpakan kelainan.
Hazama - Putihnya Lukisan & What's Up
Tak perlu pertikaikan kemantapan vokalnya. I like u so much. Hope top 3 di final
Persembahan penutup oleh Yuna dgn dua buah lagu antaranya Terukir di Bintang.
pesal Yuna x masuk Mania ek.. Siti Sarah.. Dayang.. hurmm...