Riang Ria Aidilfitri part 3

17 September 2010
Salam
 

Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dari Jengka ke Muadzam Shah. Kami beraya sampai ke sempadan Johor.hehehe. Penah dengar felda Keratong 3. Sempandan dengan Segamat , Johor.Actually kat sini kampung housemate aku Haikal. Kebetulan jugak mak saudara aku pon duk Keratong 4. Sesambil tu gi la melawat mak saudara aku kat sana.

Kami disajikan dengan Nasi dan lauk pauk ala kampung. Sangat2 best yer. Bertambah2 nasi...lewat petang baru balik. Walaupun jauh tapi aku seronok beraya bersama rakan2 rapat aku. Tak lain tak bukan Mady, Yus dan Iskandar.

 aku & iskandar
 dari belakang kiri: is, mady..dari depan kiri: aku, yus & haikal
 semua bujang lagi..kikikiki
adakah saya cute? klik kanan save images as jika berminat..wakakaka




    

Riang Ria Aidilfitri part 2

Salam..

Lokasi selepas solat sunat raya ialah rumah Wann aku. Rumah ni tiada berpenghuni. Just berkumpul time2 raya je. Nak kembalikan nostalgia dulu2 kan. Mak saudara, ayah saudara, sepupu sepapat n anak buah berkumpul time nih. 

Meriah sesangat. Walaupun tak semua ada tapi tetap riuh rendah dgn paluan vokal memasing. Makan time. Macam2 ada.. Nasi dagang, soto, kek, laksa, rendang, lemang, kuih2..adoyaiiii tak larat nak makan byk2. Siap makan majlis tahlil ringkas dibuat bagi sedekahkan yang telah tiada. Alfatihah buat arwah Aki, Abah, Mak Tih dan yang telah kembali ke pangkuanNYA






 

Riang Ria Aidilfitri

16 September 2010
Salam

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi semua umat Islam yang telah mengharugi Ramadhan selama sebulan. Seperti biasa pagi 1 Sayawal aku dan family akan ke Masjid berhampiran untuk solat sunat Aidilfitri. Setelah selesai solat kami akan pulang ke rumah untuk bersarapan dan menjengah rumah kak Long bersebelahan dengan rumah aku.

Peluang yang sama akan digunakan untuk bermaaf-maafan dan bergambar kenangan. Walaupun tahun ni kamera wat hal, kenangan hanya mampu dirakam menggunakan handphone klasik ku..hehehehe











bersambung...

Tragedi 1 Syawal

Salam semua..

Kira2 jam 5.45 pagi 1 Syawal kami telah dikejutkan dengan satu bunyi yang maha dasyat. Sebuah kenderaan yang aku sendiri tak tahu nama..hehehehe..telah terbabas dan melanggar kedai berhadapan dengan rumah aku. 

Walaupun pemandu tidak mengalami apa2 kecederaan. Keadaan kedai tersebut yang agak usang (dibina zaman jepun) runtuh teruk dan ditutup serta merta. Pemilik kedai cina itu pindah serta merta. sekian berita basi..kikikiki





Lemang + Bunga api = BEST

15 September 2010
Salam...

Arini dah 6 Syawal. Masih meriah beraya ke? Aku light2 je. Biar lah bersederhana kan. Entry ni aku nak cerita kesah lemang dan main bunga api.hehehehe. 

Seperti tahun2 lepas family aku just beli je lemang. Senang kan, tak yah nak susah2 cari buluh, bakar bagai. Just cash & carry. RM7 sebatang..Beli dalam 20 batang..yang penting licin..hehehehe. Mak aku just masak rendang & kari daging je.


Ni bunga api bukan aku beli yer. Dapat free sajo. So apa lagi bapak buah & anak buah bergumbira la. Syok woo dah lama tak main bunga api.wakakakaka..kami tak main mercun yer. Menyahut seruan kerajaan katernya..



Salam Aidilfitri buat semua...

10 September 2010
Assalamualaikum w b t

Sebulan Ramadhan terasa begitu cepat. Kini tiba lebaran yang di nanti2 kan. Hari kemenangan bagi semua umat Islam di dunia. 

Dikesempatan ini Zoul ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat BONDA tersayang, Embong, Ngah, Abg De, Tih, Tam dan Alang. Ipar2, anak saudara ku sekalian, rakan2, sahabat2, kwn2 seluruh Malaysia, bloggerwan, bloggerwati dan semua yang yang membaca blog aku. 

Tahun ni raya ke2 tanpa abah. Sayu je rasa kalau di pagi raya. ALFATIHAH untuk ABAH DISANA..

Sembah salam ampun maaf buat semua dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jemput lah datang beraya ke teratak aku di alamat NO22 Kg Durian Tawar, 28200 Bera Pahang.

Di Aidilfitri ini
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri

Di Aidilfitri ini
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.

Persiapan raya tahun ni..

08 September 2010
Salam..

Arini dah tgk anak bulan Aidilfitri.. sama ada esk atau lusa kita raya..yahuuuuuu.. Ramadhan sebulan rasa sekejap sangat berlalu. Aku tak lepas dari membuat persiapan ala qadar tahun ni.. Sekadar membeli baju melayu baru, samping dan sandal. Pakaian kasual dah awal2 beli sebelum puasa lagi. hehehehe..

Tahun ni macam biasa aku ambil tugas mengemas rumah.. hias & deco secara simple je. Al maklum la rumah aku ni ada budak2 kecik. Buat lawa2, balik2 diselerak kan oleh si kecik tu jer. Adoiiii...hehehehe.. Persiapan korang macam mna plak ek? mesti meletop dan meriah kan..bersederhana lebih baik dari membazir kan..layannnnn

tunggu kemunculan lebih byk gambar aku berbaju melayu & suasana aku beraya..tunggguuuuu..
simple deco




Nashrin - Fobia Cinta

05 September 2010

Iklan Raya TV3 yang di tarik balik tayangan nya..

Salam semua..

Sape yang tak sempat tengok iklan Raya TV3 tahun ni? Ada unsur2 yang menyentuh sensetiviti masyarakat Melayu dan Islam khasnya..kerana nak terapkan nilai 1 Malaysia sampai dorang tak sensitif dengan perasaan umat Islam di Malaysia..cube tgk dan nilai la sendiri..

Ada unsur krismas, budha dan cina..TV3 dah memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia dan menarik balik tayangan nya kepada umum. Sepatutnya media prima sebagai stesen no 1 negara kena alert pasal masalah macam ni..


Potong Kuku

02 September 2010
Assalamualaikum...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..hehehe

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

sekadar berkongsi..sebarkan yer