Charice - Louder

13 Ogos 2011

Charice & Bruno Mars - Before It Explodes

Berbuka puasa di Restoren Azea

10 Ogos 2011
Salam semua..

Apa khabar? Banyak undangan berbuka puasa? Aku tak de satu pun..sendri masak, sendri bayar, sendiri makan. Cerita pasal berbuka puasa, baru2 nie aku & housemate berbuka di Restoren Azea

Terletak di Taman Equine Sri Kembangan. Berhampiran Jusco..kepada sape2 yg terliur di syorkan gi ke sana. Tak menyesal punya. Rasa n harga berbaloi2..Puas hati gerenti. Masakan ala Thai serta melayu yang unik. Antaranya ialah Ikan masak phuket, tomyam azea special, pulut manggis, ketam masak ilman dan macam2 lagi.










8 Ramadhan sudah...

08 Ogos 2011
Salam Ramadhan semua..

Sedar tak sedar umat Islam telah seminggu berpuasa. Sangat pantas masa berlalu. Sungguh seronok berbuka puasa bersama2 rakan baik. Aku lebih suka masak di rumah berbanding beli di bazar Ramadhan. Harga makanan sekarang macam dah tak masuk akal. 

Bayangkan harga sekeping murtabak Singapore yang tidak kurang enak nya dengan murtabak biasa RM5 sekeping, ayam percik pun paling kurang RM4 seketul. Adoii rasa tak de la best mana tapi mahal. so kalau jarang2 tu boleh la nak beli. Kalau hari2 pitammmm... 

Oklah berbalik pada cerita, aku ajak member baik aku berbuka di rumah. Masak simple je, ayam goreng special (ntah la apa specialnya), kobis masak lemak, bihun goreng, ikan kering (wajib) dan beli beberapa jenis kuih dan ayam golek. Alhamdulillah kenyang gak. syukur pada Allah yang dikurniakan rezeki di bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa..daaaa






Shooting bersama krew Maggi untuk TV3

03 Ogos 2011

 Salam semua..

Adakah ada lapar?adakah anda tidak sabar untuk berhari raya? sebut pasal hari raya ni aku nak kongsikan perihal shooting Hari Raya ..program tu diberi nama "Rumah Amal Bersama Maggi" ..bakal ditayangkan pada  10 Ramadhan terakhir selepas siaran Jejak Rasul. 

Sebanyak 5 buah rumah terpilih untuk program ini. Yang terbaik akan memenangi RM5000 untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim terpilih. Sama-sama nantikan telatah kami di dalam siaran itu nanti.Nie aku kongsikan sepanjang rakaman tersebut