Reunion SMTT @ Hotel Seri Malaysia Temerloh

31 Ogos 2010
Jumaat 27 Ogos 2010
Hotel Seri Malaysia Temerloh
Majlis Berbuka Puasa @ Reunion SMTT

Salam semua..
Tak sabar2 nak raya kannn..aku pon sama. Banyak kerja kena buat. Nak kemas rumah, deco rumah, nak pasang langsir, nak buat kek..opsss ye la ko. hahahaha..eh entry ni bukan nak citer persiapan raya tapi kisah beberapa hari lepas.

Meh rapat sikit nak citer ni. Aku SPM 2000 Sek. Men Teknik Temerloh, maka dengan itu kami bebudak yang tak berapa nak muda ni buat la reunion kat Hotel Seri Malaysia Temerloh bersempena dengan cuti Nuzul Quran.. walaupon beberapa kerat je yang datang..

Yang tak ramai tu la meriah uolss..masing2 dah lama tak jumpa kann. Macam2 la citer yang kluar. Dah beranak pinak, kerja bagus2, bekereta besar. Aku? Nan adoooo..hehehehe..insyallah coming soon. Ada yang sanggup datang dari jauh..maceh2..Meh layan gambar2..

thanks to penganjur Mr Man PKA

 ni wakil kls AUTO..aku & Luei
 wahh Luei..clust dah ada VIOS
 Aku (AUTO) , Sapuan (ABM) & Luei (AUTO)
 Monoi (KFL), K.E (PPU) & Luei (AUTO)

Luei & Beger (PKA)

 mula2 sampai

 kaum hawa
 Nan & Monoi
 masing2 tak sabar nak melahap
 Duan (PPU) sekeluarga
 Org kuat majlis Man Kecik (PKA)
Bege , Oli (KFL) & Nan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 53 tahun

Salam Kemerdekaan..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke 53 tahun. Semoga Malaysia terus maju dan aman sentosa..

"1 Malaysia Menjana Transformasi"

Bestnya berbuka dengan family..

28 Ogos 2010
Salam..
Harini dah 18 Ramadhan..Tak lama lagi dah nak raya..yahuuuuu...Cuti hujung minggu berkumpul ramai2 dengan family alangkah seronok nya..Semua adek bradek balik berbuka puasa sama2..masakan kampung menjadi jamuan adik beradik..

Pekena ikan talapia bakar, sambal tumis, kari daging, ulam2 kampung & macam2 la lagi..tak ke bertambah nasi tu..hehehehe

So layan je la gambar2 ni bagi pengubat rindu sape2 yang tak balik kampung tu...hahaha

 ni si hitam kuat makan
 jamu mata je la yer




Alhamdulillah lulus jugak akhirnya..

26 Ogos 2010
Salam semua...

Malam ni aku dah boleh tido lena. Hari2 duk fikir lesen je. Arini aku dah MELULUSKAN diri..hahaha..apa yang lulus tu? Lesen kereta lah dek non. Nak diceritakan kisah aku ni..lantak la korang nak fikir apa kan..janji aku tahu kemampuan aku..huk huk huk (sambil kesat air mata) 

Banyak betul ranjau dan dugaan aku buat lesen ni sebenarnya..Bermula dari ujian statik komputer: Aku ambik just sekali je. tapi dugaan nya nak siapkan tu ambik masa 2 bulan ko tau..aku rasa nak debik je Institut Memandu tu (nama dirahsiakan bagi menjaga nama baik) Alasan lesen L aku lambat siap katanya ada masalah sistem..nangis aku menunggu. Pas dah ada lesen L tu aku angkat la moto. Bapak la malu dgn sticker L yg besar tampal depan belakang.

And then aku proceed lesen P motor. P motor aku ambik dua kali gak. 1st ambik ok je sebenarnya. Masa kat titi aku silap kira. Aku bwk laju , kandas disitu. Kena la ulang kan. duet2 malayang rm80. Dah setel moto aku belajar plak bawak kereta. Aku memang sepanjang hayat tak penah pegang stereng kereta, gear tak reti masuk. Mengerikan je kalau aku bawak. Dalam 10 jam belajar aku rasa memang tak confident nak test JPJ. 
Nak tak nak aku beranikan diri test JPJ. Confirm tak lulus..aku jadi fobia sampai abes P motor aku..so takyah tampal2 P lagi.. kat kampung aku selalu blatih bawak kereta. Aku rasa dah sinonim dengan gear n stereng. Baru aku buat semula lesen kereta kat kampung aku. so aku berkeyakinan untuk bawak. Alhamdulillah aku dah lulus. Syukur sangat2.. 

Moral of the story usaha tangga kejayaan, berani dan keyakinan diri adalah aspek yang paling penting..




Sapekah SOKO?

23 Ogos 2010
Sejak dengar lagu TAKE MY HEART by SOKO kat blog miss MIRA aku jadi jatuh hati dengan lagu nya.. so try r google, utube n 4shared cari lagu n info pasal artis ni..

Hasil pakcik gugel dapat la sikit info si SOKO ni penyanyi dan pelakon France. Lahir pada 1985.Beliau mula2 meletop dengan lagu I'LL KILL HER..tapi aku mengemari lagu take my heart..Kedengaran tenang dan sempoi..


Berpaksikan genre folk, rock dan indie,layan la lagu dia..try2 la dengar..mana tahu menepati halwa telinga anda..





    

Malaysia di kedudukan 37 " Negara Terbaik Dunia".

Salam..
 Sape tak bangga jadi anak Malaysia?angkat tangan cepat..Sempena bulan kemerdekaan ni aku turut merasakan kebanggaan yang Malaysia sudah 53 tahun merdeka..tapi rasanya masalah sosial tak henti2 berlaku..itu aku merasakan ketidakpuasan hati. Ia hanya boleh di atasi dengan kesedaran individu itu sendiri

Baru tadi tengok buletin utama kat tv3, Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden. 

Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.

Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba

Thanks MIRA

21 Ogos 2010
terima kasih beribu lemon..kikikiki

award from beliau

Teristimewa buat bloggerwati Miss Mira kerana telah menganugerahkan award ni..terima kasih sgt2..walaupun aku bukan pelakon, penyanyi atau pun org ternama tetapi layak mendapat award..hehehehe..ko adoo?hargai sangat2..jom terjah blog mira..dah link pon..klik je gambar kat atas tu

***suke la lagu kat blog mira tu..apa tajuk nya eh?

Berbuka bersama keluarga adalah terbaik...

Salam..
wajah terbaru yg sgt daif
 
Hari nie dah 11 Ramadhan..macam mana ibadah puasa semua?Alhamdulillah kesihatan mengizinkan untuk aku terus berpuasa. Nie kisah simple majlis ringkas adik bradik berbuka puasa walaupun planning tak menjadi kerana 3 bradik (kak long, kak tih & abg de) tak hadir.

Kami berkumpul adik bradik di rumah Kak Ngah. Kak Ngah masak macam2 ari tu. Ada tomyam, ayam masak merah, sambal tempe, rebung perut masak kuning, kobis masak lemak, pucuk ubi ikan masin,kuih muih dan lain2.

Mak sedikit kecewa la sebab akak yang tak hadir tu. Tapi tak pe la ia tetap meriah dgn adik bradik lain. Kebetulan tarikh yang sama hari lahir mak. Tapi tak de la kek2 bagai..hehehehe..alhamdulillah sebab dapat buat mak gembira.

 menu berbuka yang sedap


 iman emir airil @ en putih

 sebelah tu adik aku taw..bukan abg aku..


**sori gmbr sket je..byk gmbr tidak sesuai utk tontonan umum

Selamat Hari Lahir MY LOVE

20 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir buat Hajjah Jamilah Abd Rahman yang ke 64 tahun. Moga Mak terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang berterusan. SAYANG MAK SANGAT2...

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Selamat Hari Jadi ADIK KU ANIS

14 Ogos 2010
Dikesempatan ini Abang ingin mengucapkan  SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR yang ke 23 tahun buat  Nuranis Mohd Alias..

Harap akan dikurniakan kejayaan dunia & akhirat, rezeki yang melimpah ruah, jodoh yang baik dan kesihatan yang berterusan. amiiinnnnn





    

Alhamdulillah..selesai sudah

13 Ogos 2010

10-12 Ogos 2010
Selasa - Khamis
Institut Karisma Bangsar

Salam semua..
 1st day

Harap semua berpuasa yer..arini dah hari ke3 pun. Cepat je masa berlalu..tup2 nanti dah abes sebulan berpuasa & kite akan raya..yahuuuuuu...

 kertas exam teori
 gegeh menjawab soalan yg maha dasyat

Entry bukan nak story mory pasal puasa ataupun raya tapi nak story pasal 3 hari yang memenatkan bagi aku. 1st day tu takper la sebab belum start berpuasa. Boleh makan lagi. Makan free plak tu. Penilaian ari tu bermula dengan ujian teori. Alhamdulillah boleh jawab je dengan jayanya. Walaupun soalan keliru giler.

2nd day
 masa aku wat pembentangan


So petang dah start presentation projek akhir. Group aku tak present ari tu. Just dengar je la. 2nd day baru aku present hasil kerja projek akhir aku. Group aku paling lama aku rasa. Bersoal jawab dengan pegawai penilai hampir sejam. Alhamdulillah setel gak akhirnya. 
Dan hari terakhir baru sessi penilaian fail portfolio dan cop mengecop dan tandatangan. Maka sahkan penilaian aku sebagai seorang graduan DIPLOMA K-WORKER (Multimedia) SLDN. alhamdulillah semua lulus batch aku. TAHNIAH semua penat lelah selama ini. So tunggu konvokesyen sahaja..

 gambar2 sekitar 3 ari sessi penilaian SLDN
 wajah ku penilaian hari ke3


 Tu dia wajah Pegawai Penilai yang sgt ganas..hehehehe

 wajah ceria sebab dah setel
 ni kwn baik aku Rahmat
di apit barisan jelitawan