Showdown 2010

26 Mei 2010
 

Salam..

Arini gua nak kongsi satu program realiti terbaru 8tv..aku suke sgt rancangan ni..ke udara setiap ari Rabu 9.30 malam kat 8tv.. Pencarian street dance terbaik Malaysia ...

Group paling best bagi aku ada 3 group iaitu Floor Fever, Giller Battle Crew dan Wakaka Crew..

untuk maklumat lanjut klik http://www.8tv.com.my/showdown2010




Bagaimana kalau anda tua?

 Salam..

Aduhhh mengerikan sungguh kalau muka dah tua ni..tgk la muka aku tu. Walaupon just imaginasi komputer tetapi itulah gambaran awalnya..korang try la ye..mana tahu cute..hahahaha..masuk web ni http://www.in20years.com/ ... Thanks to POJIE





Selamat Ulangtahun Wanie

25 Mei 2010
Tanggal 26 Mei 2010 maka genaplah 27 tahun bagi empunya diri Cik Siti Nursalwanie Abd Ghani.. SELAMAT ULANGTAHUN ...

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipertemukan jodoh yang baik2..MAY ALLAH BLESS YOU.. Love u my friend..muahahaha..




 

Majlis Ulangtahun Cik Wanie..

Salam..
22 Mei 2010
Sabtu
Satay Station Kg Pandan
Majlis Harijadi Cik Wanie
4ptg - 7ptg

Ujung minggu baru2 ni aku mendapat undangan dari Puteri Alor Setar  Kedah..beliau memang tiap2 tahun akan menyambut ulangtahun kelahiran beliau di luar tempat kelahiran nya.. Kalau tahun lepas kat PD, tahun ni plak di Satay Station Kg Pandan. Majlis tak kurang meriahnya. Jemputan agak sedikit jika dibandingkan sebelum2 ini atas sebab2 tertentu.

Ok majlis pada petang itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh MC. Sapekah MC? aku la..kikikiki..ko mampo? Dah 2 thn aku jd MC utk majlis dia. Kemudian acara nyanyian selamat ulangtahun dan memotong pulut kuning. Berbeza sikit tahun ni sebab bertemakan 1 Malaysia. Walaupun beberapa orang saje yg mengikut tema berpakaian 1 Malaysia. Yang lain 1 DUNIA gamaknya..fitaaammm.

Pas makan, chit chat, bergambar ramai2 pastu kteorg balik la apalagi..mlmnya kan FINAL AF8..

So layan la apa yg patut ok..
 tgh menunggu tetamu yang hadir

 syaf dan mady pon sama join menunggu

 bergambar dulu sebelum orang lain sampai
sessi tutorial handycam
mari menjenguk di tepi tingkap

 Besday Gurl..Cik Wanie

cupcakes tajaan Abg Eqbal

dah 2 thn pegang title "MC"

Kami dah macam adek bradek..so jgn pertikaikan

my best friend MADY

antara yang hadir

makan..makan..best best

adegan yang pasti ada yang jeles..opsss

disaat nak menyanyi lagu ulang tahun

saat acara memotong pulut kuning

Mady jadi ustaz doa makan je

Kami SAHABAT baik




Keterujaan Hikayat Merong Mahwangsa..




Salam

Belum pun keluar lagi dah ramai yang cakap2 tentang filem Hikayat Merong Mahawangsa memang ‘gempak’ habis. Aku rasa bangga dengan usaha tiga beradik itu kerana berjaya menghasilkan sebuah filem bertaraf antarabangsa.

Paling dia kagum melihat salji yang turun di dalam istana seorang Maharaja Cina. Katanya sebiji macam di negara Cina walhal, adegan itu dirakamkan di Seputeh saja. Matanya juga terbeliak melihat negara Rome yang turut dipaparkan dalam filem itu juga nampak sebiji macam di Rome.(menurut org yg penah tgk la)

Aku yang sempat menonton trailer pun dah menelan air liur kerana kagum. Aku dah tak sabar menantikan filem itu keluar panggung. Dengar cite filem itu hanya akan menemui penonton pada awal tahun depan. Sekarang ini mereka sedang sibuk dengan proses memasukkan teknik janaan komputer (CGI).

Aku berharap filem itu nanti tak menghampakan semua. Bukan apa, dengar kata kualitinya sehebat filem Troy dan filem epik lain. Harapnya jalan cerita filem itu nanti sehebat trailernya lah.

Norman pula sempat menyampaikan perkhabaran gembira. Katanya, filem itu sudah pun dibeli oleh 34 negara. Harap-harapnya Merong Mahawangsa akan meletupkan nama kita di peringkat dunia. Amin.




Tahniah Shahir Juara AF8

24 Mei 2010
Salam..

Ramai yang telah membuat ramalan tentangan kemenangan SHAHIR juara AF8..sememangnya beliau layak bergelar juara untuk musim ke 8 ini..TAHNIAH buat SHAHIR dengan dua persembahan yang ternyata tidak menghampakan...

Tempat ke2 disandang ADIRA, ke3 DAUS, Ke4 MAULANA dan ke5 IWAN..Diharap mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi dan terus mewarnai persada dunia hiburan tanah air..














Juara AF8 ANDA tentukan

21 Mei 2010

Salam

Malam esk (22 Mei) penentu segala nya..Pilihan aku mengikut turutan

1.
Adira
Lagu Sendiri: Ku Ada Kamu
Lagu Tugasan: Tiru Macam Saya (Sheila Majid)

2.
Shahir
Lagu Sendiri: Kebahagian Dalam Perpisahan
Lagu Tugasan: Biru Mata Hitamku (Wings)

3.
Maulana
Lagu Sendiri: RSVP
Lagu Tugasan: Susun Silang Kata (Aizat)

4.
Iwan
Lagu Sendiri: VIP
Lagu Tugasan: Rela Ku Pujuk (Spider)

5.
Daus
Lagu Sendiri: Kenapa
Lagu Tugasan: Doktor Pakar Cinta (Yusry Abd Halim)

Ini hanya ramalan aku sahaja..sape yang tak suka ada aku kesah..enjoy ok..


Yeahhaaa..aku menang.TQ Mady..

 Salam..

Apa kaitan dengan logo kat atas tu? Aku tau la logo HOTFM..bdk darjah 1 pon tau.aku debik ko karang.eh jgn emo2 hencek Azizul. Eh tak la...aku sepatutnya happy arini.

Trimas to MADY sebab yg suggest nama aku dalam contest anjuran HOTFM ni. Aku n dia menang VOUCHER KFC bernilai RM300..boleh la celebrate besday aku 1 JUN ni..motif ko mention tarikh besday ko kat sini. harap2 ada org wish ke? tak pon bagi ko hadiah..verangan..kikikiki..

Aku sebenarnya terkejut sebab menang ni. Aku dapat paggilan ni 8.30pg (21 Mei) . Aku masa ni masih lagi tido.nampak sangat kantoi subuh.Masa tu LEYA HOTFM yang col. Aku cam sangat suara dia.Blur2 aku jadinya. Speecless..walaupon hadiah tak la lumayan sangat tetapi aku sangat2 menghargainya..THANKS MY LOVELY FRIEND MAHADIR MOHAMED ARIFFIN.

****kalau nak join contest ni click gambar kat bawah ni cepat..jgn lengah2 kang tak dapat...

Cukup Indah - Alif Satar

20 Mei 2010
 

Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Sifoo.com

18 Mei 2010
Salam semua



Harini aku nak kongsikan satu laman web multimedia yang agak best la bagi aku. Gile ko tak best. Web multimedia ni dah la berbahasa melayu, gempak, byk informasi, tutorial.

Banyak bende ko boleh blaja dari sini ok. Bukan main2 beb. Aku blaja teknik photoshop, illustrator n macam2 la lagi kat web ni. Kang aku bagi web omputeh jenuh plak bukak kamus.Tutorial yang mudah difahami. Kalau ko tak faham2 gak ko duk lama2 depan cermin. Takpun gi mandi bunga. Jangan lampi2 yer. Lampi? Apakah...

Tapi klu ko nak blaja ilmu umah tangga tak dapat la kat sini..kikikiki. Ko jangan tak masuk plak web ni. Aku debik ko laju2 kang. apa2 ko terjah web ni http://www.sifoo.com


Sape bakal JUARA AF8..

17 Mei 2010

Salam

Sape yang tak suka AF cepat2 blah dari membaca entry ini..aduhhh awal2 dah kena sound ni..huhuhu.ye la, perlu ke ko nak sangkal dan tak setuju dengan apa yang aku minat. Dah aku minat AF ni, wat la mcm mana pon aku tetap suke. hahahaha..

Sedar tak sedar dah 10 minggu AF8 ni. Minggu ni dah final. Ramai yang dah tau sape ke final kan.Shahir, Adira, Daus, Iwan dan Maulana. Aku sgt setuju jika Adira jadi juara sebab dia bertahan selama 9 minggu..Shahir sebab AFMASUK..aku tak setuju sgt jika dia menang. Tak adil pon..

Sama2 la kite saksikan FINAL AF pada 22 Mei 2010 nanti..
***tgk kat umah jer kat ASTRO RIA

Selamat Hari Guru


Salam...

16 Mei merupakan tarikh penting bagi mereka yang bergelar pendidik. 

Dikesempatan ini Zoul ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu tadika Jelam, cikgu sekolah rendah Durian Tawar, cikgu sekolah menengah Mengkarak, cikgu sekolah teknik Temerloh, cikgu @ pensyarah UiTM Bukit Sekilau dan Dungun, Pengajar IKTBN Sepang, Pengajar ILP Kuala Langat dan seluruh warga pendidik di seluruh dunia.. 

Selamat Hari Guru..Terima Kasih buat segalanya...

**aku pernah menjadi pendidik..pengalaman pahit dan manis sepanjang setahun setengah 




Korang tahu pasal myfriends2u.com?

15 Mei 2010

Salam..

Meh rapat2 sikit..aku nak cite sket pasal satu laman sosial terbaru buatan tempatan..Myfriends2u.com alternatif kepada laman popular Facebook..Pelancaran laman web ni baru2 ni disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan. <===click Aku dah mendaftar beberapa minggu yang lepas. 

So apa lagi ditunggu. Cepat2 la daftar. Nak tahu apa perbezaan dan keistimewaan laman sosial ni join je la. Jgn lupa add aku http://myfriends2u.com/aizoul/

 


Bagaimana...

14 Mei 2010
 Dengar dengan hati yer..pasti menusuk ke jiwa..

Konsert 9 AF8..Dua lagu tu...

11 Mei 2010
Berikut senarai lagu tugasan untuk minggu ini

AIN
Luka Dilukai (Shima)
Falling For You (Colbie Caillat)

ADIRA
Dua(KRU)
Mercy (Duffy)

MAULANA
Inilah Cinta (Akim)
Better Man (Robbie Williams)

IWAN
Berlari (Tomok)
21 Guns (Greenday)

DAUS
Masa (Estranged)
Take A Look Around (Limp Bizkit)

SHAHIR
Tak Mungkin Berpaling (Mawi)
Tamaly Maak (Amr Diab)

LAGU BONUS
Konsert - Dari Sini Ke Bintang-Bintang (Farah Asyikin)
Debaran - Salam Terakhir (Sudirman)

Selamat Hari Ibu buat Hajah Jamilah Abd Rahman

09 Mei 2010

 

Salam...
Mak, Joy sayang mak sangat2..I LOVE SO MUCH..Mak la segala2 dalam idup nie..Tanpa mak sapelah Joy..

Sajak buat mak..


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini